
ULANG TAHUN KE-135, SHELL LANCAR KEMPEN ‘MENCETUS POTENSI SEJATI’ – TAWAR HADIAH RM1.35 JUTA
Sempena 135 tahun bertapak di Malaysia, Shell Malaysia tampil dengan inisiatif baharu untuk terus menghargai sokongan rakyat tempatan menerusi kempen istimewa bertemakan ‘Mencetus Potensi Sejati’.
Ulang tahun bersejarah ini turut diserikan dengan tawaran ganjaran keseluruhan bernilai RM1.35 juta menerusi peraduan nasional yang bertujuan menceriakan rutin perjalanan harian pelanggan.
Daripada permulaan sebagai pedagang minyak tanah, Shell Malaysia kini berkembang sebagai penyedia solusi mobiliti yang lebih menyeluruh.
Pelbagai inovasi diperkenalkan termasuk Shell FuelSave untuk membantu pemandu memaksimumkan jarak perjalanan dengan setiap isian, manakala Shell V-Power pula menawarkan prestasi premium yang diinspirasikan daripada kerjasama teknologi jangka panjang bersama pasukan Scuderia Ferrari HP.

Dalam masa sama, Shell juga terus memperluas sokongan terhadap komuniti kenderaan elektrik menerusi rangkaian pengecas pantas Shell Recharge, sejajar dengan peningkatan penggunaan EV di Malaysia.
Bagi segmen pelincir, Shell kekal menjadi pilihan ramai dan diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 dunia selama 19 tahun berturut-turut.
Pengalaman pelanggan di stesen turut dipertingkat melalui kemudahan seperti Shell Select dan Shell Café, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman serta keperluan harian.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, Shell Select akan memperkenalkan tawaran nilai terbaik baharu di seluruh rangkaiannya.

Antara tarikan utama ialah kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta’, yang menampilkan konsep “buka & menang” eksklusif untuk pelanggan.
Peraduan ini akan berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026, dengan peluang memenangi hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500, serta pelbagai ganjaran menarik lain.
Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan, memberikan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang hadiah dengan setiap pembelian botol Water2Go.
Menurut Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming, sambutan ulang tahun ini bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi juga simbol komitmen Shell untuk terus maju bersama pelanggan dan komuniti.
“‘Mencetus Potensi Sejati’ mencerminkan usaha berterusan Shell dalam menawarkan nilai sebenar, kemudahan serta pengalaman yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dalam setiap perjalanan, bukan sahaja hari ini tetapi juga pada masa hadapan,” katanya.
Selepas lebih satu abad berkembang di Malaysia, Shell menegaskan komitmen untuk terus berinovasi, memperluaskan penawaran serta memperkukuh hubungan dengan pelanggan.
Dengan perubahan landskap mobiliti yang semakin pantas, Shell akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong perjalanan yang lebih mudah, selamat dan bernilai untuk komuniti di seluruh negara.









