Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI : JAHAT SANGATKAH IBLIS LORONG KECEMASAN NI?

Tajuk sembang santai kali ini barangkali ramai yang terkena batang hidung. Bohonglah kalau tak pernah sekali pun guna Lorong Kecemasan ni kan? Jadinya jomlah ikuti sembang santai antara Brader Karrager dengan Iblis Lorong Kecemasan ini. Usah khuatir, tiada unsur – unsur seram yang dipaparkan dalam artikel ini.

BK : Hallo Lis. Apa Khabar?

Iblis : Amboi bang BK. Main hallo hallo pula. Cuba la bagi salam. Kan ke lebih elok.

BK : Eh kau pun reti bagi salam ke Iblis? Konpius kejap aku ni

Iblis : Mestilah Bang BK. Kita ini kan sesama makhluk Tuhan. Kena la bagi salam waktu berjumpa kan.

BK : Amboi! Bukan main kau tarbiyah pasal salam. Waktu kau potong barisan guna lorong kecemasan tu ada bagi salam dulu tak?

Iblis : Aduh kena setepek pulak dah!

BK : Dah. Dah. Toksah nak berkerut sangat dahi kau tu. Cuba kau ceritakan sikit. Kenapa eh kau ni suka sangat guna Lorong Kecemasan waktu tengah jem atas highway tu? Apa yang kau tengah cemas sangat sebenarnya?

Iblis : Hmmmm agak berat juga soalan Bang BK kasi ni. Sebetulnya kami ni ada satu perasaan cemas tentang jem. Kami langsung tak boleh berhadapan dengan jem. Bila dah bertembung, maka sudah tentulah Lorong Kecemasan merupakan suatu pilihan yang afdal orang kata.

BK : Eh kau ni! Jangan nak memandai – mandai guna perkataan afdal pulak. Jangan acah – acah suci bila dah buat salah. Berdosa tahu tak? Entah berapa banyak kesusahan yang berpunca dari kau. Tahu?

Iblis : Eh! Iya ke berdosa Bang BK? Saya bukannya amik rasuah pun.

BK : Memanglah tak ambil rasuah. Tapi kau dah ambil hak orang lain. Hak ambulan misalannya nak lalu dengan segera ke tempat kemalangan. Itu belum lagi tiba – tiba kau masuk secara mengejut ke Lorong Kecemasan. Sampai terbabas mat motor yang lalu. Sikit pun kau tak rasa bersalah kan?

Iblis : Er bang..Iblis mana pernah rasa bersalah. Kalau rasa bersalah, tak adalah kami ini buat benda yang tak senonoh. Kihkihkih!

BK : Astagfirullahalazim! Urut dada aku dengan kau ni Iblis. Kalau aku baca Ruqyah sia – sia terbakar.

Iblis : Iyalah Bang BK. Saya ni cuma menjawab benda yang benar sahaja. Takkanlah saya ini nak membongak pula. Lainlah manusia. Suka sangat kencing tak habis – habis.

BK : Dah tu, cuba kau bagitau apa benda yang boleh menghalang kau daripada menggunakan Lorong Kecemasan?

Iblis : Entahlah Bang BK. Susah nak jawab. Alangkan Neraka paling bawah pun kita orang boleh tak terlintas dalam fikiran. Cuma kadang tu bila nampak kelibat kereta Penguatkuasa dengan lampu siren boleh jadi gerun juga sebenarnya. Tapi apa ada hal. Kami ini semua kaya belaka. Setakat saman tiga ratus boleh bayar online je pun.

BK : Fuh! Bukan main jawapan yang kau bagi ni kan. Habis daya upaya aku nak tarbiyahkan kau ni. Nak nasihat dengan doa – doa yang baik pun mungkin tak jalan dah. Jangan esok lusa terkena batang hidung sendiri kau atas ambulan lepas tu ada Iblis lain datang guna Lorong Kecemasan baru kau ada akal. Itu jam kalau insaf baru nak datang pun tak berguna dah.

Iblis : Apa – apa jela Bang BK. Terima kasihlah sebab sudi interview saya. Ada masa kita jumpa lagi ya. Nanti kalau rindu, serulah saya iya!

BACA : IBLIS PETAK KUNING DAN KONCO-KONCONYA

BACA : KLIMS 2018 : SEMBANG SANTAI BERSAMA KENDERAAN PERISAI BUDAK U

Tags
Google ads
Back to top button