Buletin

ALPHARD/VELLFIRE TAK CUKUP MEWAH? BELI MPV LEXUS NI

Lexus baru-baru ini mendedahkan imej teaser yang dipercayai bakal menjadi model MPV mewah pertama keluarannya tidak lama lagi.

Jentera serba baharu itu dijangka melalukan debut pada acara Shanghai Motor Show 2019. Ia didakwa akan dilancarkan ke pasaran China dan Taiwan dahulu, sebelum memasuki pasaran lain.

Sebelum ini Presiden Lexus Filipina, Raymond Rodriguez menyatakan sudah tiba masanya untuk Lexus melancarkan MPV mewah seperti Toyota Alphard.  

MPV Lexus tersebut kemungkinan besar dikenali sebagai Lexus LM, hadir dalam dua varian iaitu LM 350 petrol dan LM300h hibrid apabila dilancarkan kelak. Berdasarkan kepada nama itu, ia mungkin berkongsi platform dan rangkaian kuasa daripada sedan ES.

Ini termasuklah enjin 2.5 liter yang digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 218o dan enjin V6 3.5 liter. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT.

Seperti yang anda boleh lihat, ia dipasang dengan gril spindle dan lampu nyalaan siang LED bersama rekaan agresif.

Tiada perincian diberikan oleh Lexus tentang LM 350 petrol dan LM300h hybrid. Cuma ada mesej “Luxury of space” dinyatakan oleh Lexus dalam hantaran media sosialnya yang menunjukkan MPV itu pasti menawarkan ruang kabin luas dan mewah.

Memetik laporan media Jepun, Chubu Keizai Shimbun, produksi MPV itu dijangka bermula pada tahun 2020di kilang Toyota di Inabe. Dakwaan tersebut agak logik kerana kilang yang sama mengeluarkan model Toyota Alphard, Vellfire dan van Hiace.

Pada tahun 2014, timbul laporan bahawa para pengedar Lexus di Jepun mahukan MPV untuk dijual.

Apatah lagi ketika golongan artis, ahli politik dan tokoh perniagaan gemarka kenderaan mewah yang luas serta boleh berfungsi seperti sebuah pejabat bergerak.

Google ads
Back to top button