
SHELL V-POWER “FEEL IT ALL”: PELUANG MENANG PENGALAMAN VIP F1 DI SINGAPURA
Shell Malaysia melancarkan kempen “Feel It All” bersempena 75 tahun kerjasama bersama Ferrari, menawarkan ganjaran eksklusif kepada pengguna Shell V-Power.
Dari 16 Jun hingga 10 Ogos 2025, pelanggan yang mengisi minyak Shell V-Power 97 (RM80) atau V-Power Racing (RM100), atau membeli minyak enjin Shell Helix Fully Synthetic 4L, boleh mengumpul penyertaan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ganjaran utama:
- 6 pemenang akan menikmati pengalaman VIP penuh di acara Shell Motorsport di Singapura, termasuk akses paddock dan sesi bersama pemandu Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.
- 30 pemenang akan menerima topi pasukan Scuderia Ferrari HP 2025 bertandatangan dan akses sesi Q&A maya eksklusif.
- Hadiah mingguan termasuk peluang menjadi Jutawan BonusLink dan barangan rasmi Ferrari.
Shell turut memperkenalkan model Ferrari F1 SF-24 edisi terhad, boleh dimiliki dengan pembelian dua botol Shell Helix Power atau Ultra dan Malaysia menjadi negara pertama di dunia menerima model ini.
Shell V-Power Racing, satu-satunya bahan api yang digunakan dan disyorkan oleh pasukan Scuderia Ferrari HP, kini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia di stesen terpilih.
Maklumat lanjut di www.shell.com.my