Buletin
SIME DARBY AUTO HYUNDAI LANCAR KEMPEN ‘#NEWNORM TEST DRIVE TO YOU’
Urusan pandu uji kini pasti lebih mudah dengan kempen ‘Test Drive to You’ yang dijalankan oleh Sime Darby Auto Hyundai (SDAH).
Kempen itu membolehkan pelanggan peluang untuk memandu uji kenderaan Hyundai di rumah mereka. Ia menampilkan konsep tanpa sentuhan, memastikan penjarakan sosial dan mengamalkan sanitasi.
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dilaksanakan ialah:
- Sanitasi kenderaan sebelum dan selepas setiap sesi pandu uji
- Perunding jualan dan pelanggan hanya dibenarkan berada di dalam kenderaan apabila mereka memakai pelitup muka
- Pelanggan perlu membasuh tangan menggunakan pembersih tangan yang disediakan
- Pemeriksaan suhu akan dibuat sebelum pandu uji. Jika suhu badan melebihi 37.5ᵒC, pelanggan tidak dibenarkan untuk memandu uji
- Perunding jualan akan duduk di kerusi belakang sepanjang sesi pandu uji
Pelanggan yang ingin mendapatkan sesi pandu uji dari rumah boleh mendaftar di: Test Drive to You
Kini merupakan masa terbaik untuk mendapatkan kenderaan Hyundai kerana ia hadir dengan pelbagai tawaran menarik. Ini termasuklah rebat tunai sehingga RM13,000. Stok adalah terhad.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.hyundai.com.my atau hubungi pengedar SDAH di bawah:
- Sime Darby Auto Hyundai Ara Damansara 03-7628 2500
- Sime Darby Auto Hyundai Bangsar 03-2202 2288
- Sime Darby Auto Hyundai Old Klang Road 03-7984 5388
- Sime Darby Auto Hyundai Ipoh 05-2533 399
- Sime Darby Auto Hyundai Prai 04-399 7788
- Sime Darby Auto Hyundai Skudai 07-234 0714