Buletin

RAIZE & ROCKY, KEMBAR D55L LAGI KUAT DARI KERETA KEBAL

Japan New Car Assessment Program telah mengeluarkan keputusan ujian perlanggaran model crossover mampu milik dan terlaris di pasaran mereka iaitu Toyota Raize dan juga Daihatsu Rocky setelah menjalani ujian secara menyeluruh di badan pemantau Jepun.

National Agency for Automotive Safety and Victims’s Aid atau singkatannya NASVA telah memberikan markah 85.7% bagi ujian keselamatan kemalangan terhadap model Raize dan Rocky. Dalam ujian JNCAP terdapat 10 kriteria penting telah dinilai oleh NASVA.

Bagi perlindungan pemandu akibat perlanggaran dari depan dengan kereta lain, perlindungan kecederaan leher akibat dilanggar dari belakang bagi penumpang dan pemandu, perlindungan kepala pejalan kaki dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang, Raize dan Rocky berjaya mendapat markah 4 daripada 5 markah penuh

Namun Raize dan Rocky berjaya mendapat markah penuh 5 dalam perlindungan penumpang depan akibat perlanggaran dari depan dengan kereta lain, perlindungan penumpang belakang dan pemandu dalam kemalangan off-set dari depan, perlindungan dari pelanggaran sisi, dan perlindungan kaki pejalan kaki.

Anda boleh melihat keputusan penuh di SINI

Dalam aspek teknologi menghalang kemalangan, Raize dan Rocky berjaya mendapat markah 73.6/141 atau 52% dari markah penuh. Ujian yang dilakukan merangkumi brek keselamatan automatik terhadap kereta (31.7/32), brek keselamatan automatik terhadap kereta (12.9/80), sistem pematuhan laluan Lane Departure Warning (16/16), sistem cermin pandang belakang (6/6), ujian lampu depan (5/5) dan ujian kawalan pedal minyak (2/2)

Anda boleh melihat keputusan penuh di SINI

Dalam ujian kemalangan pada halaju 64km/j, jurutera mendapati semua pintu Raize dan Rocky masih boleh dibuka seperti biasa dengan menggunakan satu tangan sahaja. Ini membuktikan ketegaran cesi dan bentuk cesi masih kekal sama selepas kemalangan. Patung ujian juga boleh dibawa keluar dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kerusi dari kereta.

Ujian perlanggaran off-set depan

Dalam situasi kemalangan sebenar ini memudahkan paramedik yang sampai ke tempat kejadian membuka pintu dan mengeluarkan mangsa kemalangan tanpa bantuan mesin dari pihak bomba. Raize dan Rocky juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam ujian perlanggaran sisi pada halaju 55km/j.

Jurutera mendapati tangki petrol tidak mengalami kebocoran, kenderaan tidak mengalami roll-over, dan pintu masih boleh dibuka dengan normal. Bagi pasaran Malaysia, kami masih tidak pasti berkenaan dengan ciri keselamatan pencegahan kemalangan yang akan dipasang pada model Perodua D55L nanti.

Besar kemungkinan sistem Toyota Safety Sense tidak akan dipasang namun digantikan dengan sistem keselamatan aktif yang dibangunkan oleh Perodua dan Daihatsu iaitu Advanced Safety Assist 2.0. Anda boleh menonton ujian kemalangan Raize & Rocky di laman sesawang JNCAP

Google ads
Back to top button