Artikel Pilihan

KERETA KECIL KURANG SELAMAT DAN BOLEH SEBABKAN KEMATIAN DALAM KEMALANGAN – BETUL KE?

Betul ke ni? Dah la kat Malaysia kereta kecil merupakan pilihan yang paling popular. Ia bukan omong kosong tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Insurance Institute for Highway Safety Amerika Syarikat. Kajian itu mendapati yang kereta kecil merupakan antara kenderaan yang paling berbahaya di atas jalan raya.

Menurut kajian itu juga, 15 daripada 20 model kecil ataupun minivan keluaran tahun 2017 mencatatkan angka kematian yang paling tinggi. Kajian juta menunjukkan kereta-kereta kecil ini mencatatkan 82 kematian untuk setiap sejuta unit pengeluaran.

Ia jauh berbeza dari SUV yang hanya mencatat 15 kematian untuk setiap sejuta unit dan merupakan kenderaan paling selamat di atas jalan raya.

Tapi bukan semua kenderaan bersaiz kecil tidak selamat. Volkswagen Golf contohnya mempunyai kadar kematian sifar manakala Ford Fiesta mencatatkan 141 kematian setiap sejuta unit dan merupakan pemegang rekod terburuk. Ia diikuti oleh Hyundai Accent (116), Chevrolet Sonic (98) dan Nissan Versa Note (96). Kalau kajian ini dijalankan di Malaysia, kereta apa yang akan menjadi juara agaknya?

Secara keseluruhan, kenderaan keluaran tahun 2017 mencatatkan purata 36 kematian untuk setiap sejuta unit pengeluaran. Itu merupakan kenaikan sebanyak 6 kematian berbanding 2014 dan 8 berbanding 2011.

Kenaikan jumlah kematian itu sebenarnya selari dengan kenaikan angka kemalangan maut di AS selain perkembangan ekonomi yang baik menyebabkan ramai yang mampu memiliki kereta sendiri.

Kajian itu bagaimana pun lebih berfokus kepada angka kematian dan tidak melihat faktor-faktor penyumbang lain seperti kelajuan sesebuah kenderaan. Faktor kelajuan juga mungkin menjadi penyumbang kepada angka kematian 81 per sejuta unit untuk kereta kegemaran kluster MLM di Malaysia, Ford Mustang yang merupakan angka tertinggi untuk kenderaan saiz pertengahan.

Walaupun kajian ini mungkin mempunyai kelemahan tetapi ia tetapi mengingatkan kita yang kereta kompak memang tidak setanding dengan crossover, trak pikap dan SUV yang kini menjadi pilihan paling popular jika berlaku kemalangan. Saiznya yang lebih kecil bermakna perlindungan kepada pemandu juga agak terhad bila berlaku kemalangan dengan kenderaan bersaiz besar.

Kereta kecil ataupun kompak juga biasa ditawarkan dengan peralatan keselamatan asas yang memang tidak setanding dengan kereta-kereta mewah yang dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik. Ia sekaligus membolehkan mereka ditabalkan sebagai kereta yang paling selamat dalam senarai yang dikeluarkan institut terbabit.

Google ads
Back to top button