Buletin

SKODA ENYAQ, KODIAQ JADI MASKOT TEAM HOKI. BABY SHARK DO DO DOOO

Skoda memang tidak asing dalam mengutarakan pelbagai model konsep yang menarik, namun kali ini mereka membawakan pendekatan yang berbeza.

Dua SUV digunakan oleh Skoda iaitu Enyaq dan Kodiaq masing-masing sebagai maskot untuk pasukan hoki San Jose Sharks (Sharyaq) dan Nashville Predators (Prediaq) yang telah pun bertemu secara raspi pada 7 dan 8 Oktober yang lalu.

Pemilihan SUV untuk maskot pasukan ini dibuat sendiri oleh pekerja Skoda, iaitu Vítězslav Pelc, disebabkan persamaan dari segi saiz namun menawarkan perbezaan antara enjin pembakaran dalaman dan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Sama seperti jersi pasukan, Prediaq membawakan warna kuning sementara Sharyaq pula lebih kepada biru dan hitam, menyamai pasukan San Jose Sharks.

Yang menonjol sudah pasti bahagian hiasan yang dihasilkan menggunakan percetakan 3D daripada bahan poliurethane seperti taring, sirip dan ekor yang boleh bergoyang-goyang.

Google ads
Back to top button