Buletin

SKODA KAROQ DAN KODIAQ TIBA DI PASARAN VIETNAM SEPTEMBER INI

Dua model Skoda, Karoq dan Kodiaq bakal mula memasuki pasaran Vietnam bermula September ini menerusi TC Motor.

Kedua-dua model berkenaan bakal bersaing dengan Hyundai Tucson, Kia Sportage, Mazda CX-5, Honda CR-V, Kia Sorento, Hyundai Santa Fe, Mazda CX-8, dan Toyota Fortuner.

Kodiaq 7 tempat duduk tiba dengan versi enjin petrol dan diesel, dijual pada harga kira-kira AS$52,870 (RM240,373) di pasaran Eropah.

Sementara, Karoq yang dikuasakan oleh enjin petrol dan diesel, akan diberi tanda kira-kira AS$31,390 (RM142,714) di Jerman atau sekitar AS$33,000 (RM150,034) di China.

Pada akhir Februari lalu, Skoda dan TC Motor mula membina kilang dengan kapasiti tahunan sebanyak 120,000 kereta Skoda di Taman Perindustrian Viet Hung di wilayah utara Quang Ninh.

Untuk rekod, Vietnam ialah negara Asia Tenggara pertama menempatkan kilang jenama Skoda.

Dalam pada masa yang sama, Skoda turut merancang untuk mengeksport kenderaan ke negara lain di rantau ini.

Google ads
Back to top button