Buletin

ŠKODA MENANG TENDER, JANGKA BEKAL RIBUAN KERETA UNTUK KERAJAAN DI UK!

Selain jualan kepada pelanggan umum, syarikat kereta biasanya mempunyai bahagian jualan korporat yang menyasarkan organisasi kerajaan atau swasta untuk pembelian dalam jumlah besar.

Kerajaan persekutuan pula mendapatkan kenderaan melalui program pajakan dan selepas tamat tempoh perjanjian akan diserahkan semula kepada pembekal dan diganti dengan unit baharu.

Kebiasaannya kenderaan yang dibekalkan sama ada pembelian terus atau pajakan mempunyai spesifikasi atau ciri khas mengikut keperluan pengguna.

Contoh mudah ialah kenderaan pihak berkuasa yang memerlukan komponen komunikasi, lampu siren dan sebagainya.

Untuk pembelian korporat pula, syarikat kereta boleh menawarkan aksesori tambahan seperti skrin info hiburan untuk penumpang dan menjadi daya tarikan.

Di United Kingdom (UK), Škoda mengumumkan syarikat berjaya memenangi tender Crown Commercial Service (CCS) dan dianugerahkan perjanjian ‘Framework’ baharu kerajaan.

CCS merupakan organisasi pemerolehan terbesar sektor awam di UK dengan pembelian barangan dan perkhidmatan berjumlah 22.7 bilion (RM119.28 bilion) setiap tahun.

Škoda berjaya memenangi bahagian pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan badan perkhidmatan awam seperti kerajaan pusat, kesihatan dan kerajaan tempatan dan juga khidmat kecemasan UK.

Škoda bukan baharu di dalam bidang ini dan berlanjutan sejak lebih 117 tahun, dari model Voiturette Ambulance tahun 1906 sehingga kepada model kenderaan Polis, Bomba dan Penyelamat pada hari ini.

Škoda juga merupakan jenama pilihan untuk kenderaan kecemasan di Eropah. Jualan khidmat kecemasan Škoda UK telah meningkat sebanyak 40 peratus sejak 2018.

Škoda menjangkakan untuk membekal sekitar 6,000 kereta kepada badan kerajaan susulan perjanjian baharu yang dimeterai.

BACA: ŠKODA KAROQ SportLine, ENJIN 2.0 TSI EVO, SIAP KERUSI SPORT!

BACA: ŠKODA ENYAQ COUPÉ iV vRS, SUV ELEKTRIK YANG CANTIK!

BACA: ŠKODA KODIAQ JADI KERETA KECEMASAN, TINGGI DAN LAJU!

Google ads
Back to top button