Artikel Pilihan

SKODA BANGUNKAN GRIL PINTAR UNTUK KESELAMATAN PEJALAN KAKI – CANGGIH AMAT

Skoda kini dalam proses bangunkan sistem keselamatan baharu untuk membantu pejalan kaki melintas jalan dengan selamat. Ia dinamakan Human-Machine Interface (HMI) dan mampu berkomunikasi dengan pejalan kaki menggunakan paparan pada bahagian gril. Jadi tak ada gril pun sebenarnya kat depan tu.

Pengeluar kenderaan dari Czech ini sudah pun memasangnya pada Enyaq (model mereka keluaran mereka yang hampir sama dengan VW ID.4). Sebaik kenderaan EV ini menghampiri lintasan pejalan kaki, sensor-sensor dan ciri teknologi yang ada padanya akan mengesan jika ada pejalan kaki berhampiran dan boleh memberitahu mereka untuk melintas jalan ataupun  tidak.

Paparan penunjuk anak panah dan avatar berjalan akan dipaparkan jika keadaan selamat untuk melintas jalan. Warna hijau dipilih untuk paparan ini mengambil kira warna standard lampu isyarat trafik. Sebaik pejalan kaki selamat melintas jalan, paparan akan bertukar meran dah berkelip-kelip dengan logo bahaya untuk memberitahu yang keadaan sudah tidak selamat untuk melintas.

Suatu ketika dahulu mungkin melintas jalan bukan satu perkara yang mencabar. Ye la, jumlah kenderaan pun tidak sebanyak sekarang. Namun kini pembangunan kenderaan EV menjadi semakin rancak dan akan datang akan wujud pula kenderaan autonomi. Ngeri jugak nak melintas depan kereta yang tak ada pemandu. Sistem ini bertujuan membantu pejalan kai sebenarnya.

Skoda sudah mengujinya pada manusia sebenar dan menyatakakan jika pejalan kaki melihat ke aras skrin paparan pada gril walaupun dari jarak jauh akan mengaktifkan sistem ini. Sebelum menggunakan paparan ini mereka pernah mencuba unit yang bersaiz lebih kecil tapi kurang berjaya. Kecik sangat kot?

Lagi satu skrin paparan ini bukan hanya bertujuan membantu pejalan kaki tapi ia boleh memaparkan pelbagai maklumat penting dan pada masa yang membantu lebih ramai pengguna jalan raya.

Sudah tentu lebih banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Lagi satu rekaannya juga perlu lebih menarik dan bukan nampak macam papan maklumat perjalanan yang ada di bahagian hadapan bas.

Google ads
Back to top button