Buletin

SMART #1 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, 5 PAKEJ ISTIMEWA, BERMULA RM189K

Selepas beberapa sesi pandu uji dan prebiu, Pro-Net atau smart Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model elektrik pertama mereka, smart #1 ke pasaran tempatan. 

Ia sememangnya model EV yang sangat ditunggu-tunggu selepas smart keluar dari pasaran Malaysia sejak sekian lama. smart #1 ditawarkan dalam tiga varian dan harga (di atas jalan seperti berikut: 

  • smart #1 Pro – RM189,000
  • smart #1 Premium – RM219,000
  • smart #1 BRABUS – RM249,000

Dari segi dimensi, #1 adalah jauh lebih besar berbanding mana-mana model yang pernah dikeluarkan oleh smart sebelum ini. Jentera itu mempunyai ukuran ukuran 4,270mm panjang, 1,822mm lebar, 1,636mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2,750mm. Manakala jarak kelegaan tanah pula adalah sekitar 182mm.

smart #1 menggunakan suspensi yang terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan jenis Multilink di belakang yang turut dibantu oleh sistem stereng bantuan elektrik (EPAS).

Perincian setiap varian adalah seperti berikut: 

smart #1 Pro 

  • Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
  • 268hp dan tork 343Nm
  • 0-100 km/j 6.7 saat
  • Kelajuan maksimum 180km/j
  • Mod pemanduan Eco/Comfort/Sport
  • Pemanduan pedal tunggal (E-pedal)
  • Pek bateri LFP 49 kWh
  • Jarak gerak 315km (WLTP)
  • Pengecasan AC 7.2 kW (10-80% dalam 6 jam)
  • Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 22 minit)
  • Unit lampu LED CyberSparks
  • Larasan lampu utama manual
  • Rim 19 inci Amps, tayar 235/45 R19
  • Skrin kluster 9.2 inci
  • Skrin tengah 12.8 inci
  • Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
  • Sistem audio 5 pembesar suara
  • Pengecasan peranti pintar tanpa wayar
  • Sistem pencahayaan ambien 64 warna ringkas
  • Sistem pendingin hawa dua zon, corong pendingin hawa belakang
  • Upholsteri leatherette
  • Bumbung bulan panorama
  • Penapis N95

smart #1 Premium 

Menerima penambahan ciri seperti berikut: 

  • Pek bateri NCM 66 kWh
  • Jarak gerak 440 km (WLTP)
  • Pengecasan AC 22 kW (10-80% dalam 3 jam)
  • Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 29 minit)
  • Unit lampu CyberSparksLED + Matrix LED, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif
  • Pelarasan lampu utama automatik
  • Lampu membelok LED jenis sekuential
  • Jeriji hadapan dan pemegang pintu bercahaya
  • Lampu selamat datang, lampu bantuan sisi
  • Rim 19 inci Rotor Alloys
  • Pintu belakang dengan penderia kaki
  • Upholsteri tempat duduk kulit dengan fungsi pengudaraan
  • Roda stereng balutan kulit
  • Sistem pencahayaan ambien 64 warna
  • Logo stereng bercahaya
  • Skrin paparan head-up 10 inci berwarna penuh
  • Sistem audio Beats 13 pembesar suara

smart #1 BRABUS

Menerima penambahan ciri seperti berikut: 

  • Dua motor elektrik, pacuan semua roda
  • 422 hp, 543Nm
  • Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat
  • Pek bateri 66 kWh, jarak gerak 400km
  • Tetapan suspensi sport
  • Rim 19 inci Dynamo Alloys
  • Kit aero Brabus
  • Kemasan dalaman Brabus
  • Tempat duduk sports balutan ultra suede, larasan 10 tahap

Namun begitu, harus tahu bahawa semua varian smart #1 datang dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2+ merangkumi ciri berikut sebagai ciri standard.

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Sokongan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCMS)
  • Sokongan Pengelakan Pelanggaran Belakang (RCMS)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pengelakan Keluar Lorong (LDP)
  • Bantuan Penukaran Lorong (LCA)
  • Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA)
  • Amaran Bukaan Pintu (DOW)
  • Pemantauan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Lebuhraya (HWA)
  • Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)
  • Bantuan Parkir Autonomi
  • Suluhan Tinggi Automatik (AHB)
  • Brek Kecemasan Parkir (PEB)
  • Bantuan Parkir Visual 360

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET memberitahu pihakmnya komited untuk membentuk semula landskap mobiliti serba-elektrik premium di negara ini. 

“Kami mahu membentuk semula keyakinan pengguna melalui perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa, termasuk ketersediaan alat ganti, peta pengecasan awam bersepadu dan ekosistem digital yang lancar,” katanya. 

smart #1 hadir dalam 10 kombinasi warna termasuklah hijau, biru, putih, perak, kuning, merah, kelabu dengan padanan bumbung berwarna hitam atau merah untuk warna-warna tertentu. Jika memilih warna Atom Grey, pelanggan perlu menambah sebanyak RM5,000.

Selain itu, terdapat tiga variasi gaya dalaman khusus iaitu kemasan After Dark untuk smart #1 Pro, trim ‘Dark Matter’ dua tona putih dan hitam untuk smart #1 Premium dan dalaman BRABUS yang eksklusif untuk smart #1 BRABUS.

Pelanggan boleh menghubungi mana-mana pengedar sah smart untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang smart #1. Anda juga boleh memuat turun Aplikasi Hello smart daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk menempah dan memperibadikan smart #1 impian. 

Pelanggan yang membeli smart #1 akan menerima pelbagai jaminan menarik iaitu:

  • Jaminan bateri sejauh 200,000 selama 8 tahun
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi sejauh 150,000km selama 8 tahun
  • Jaminan kenderaan tanpa had perbatuan selama 4 tahun
  • Jaminan alat ganti tanpa had perbatuan selama 2 tahun
  • Bantuan tepi jalan 24/7

Bukan itu sahaja, pelanggan terawal juga akan menerima pelbagai ganjaran terbaik seperti pengecas rumah smartCharge bernilai RM3,200 unit, percuma V2L Adaptor bernilai RM800, pakej aksesori melibatkan 5 baranagn bernilai RM2,000, data internet percuma selama lima tahun sebanyak 60GB dan perlindungan insurans komprehensif smartPlus.

Maklumat lanjut tentang smart #1, sila layari https://my.smart.com/#/ 

Google ads
Back to top button