Artikel Pilihan

 6 FAKTA MENARIK BAJA 1000 – PERLUMBAAN PALING GANAS DI DUNIA

56 tahun yang lalu telah wujud satu perlumbaan yang menggabungkan antara kegilaan sukan motor dan semangat untuk mencapai kemenangan. Perlumbaan yang diadakan di padang pasir Mexico pada tahun 1967 itu kemudiannya dikenali dengan nama Baja 1000 (baca ‘Baha’ okey, bukan macam baja kompos tu).

Ia satu acara perlumbaan tahan lasak epik seolah gabungan antara elemen Mad Max, Rali Dakar dan filem Twilight Zones (bukan Twilight Saga, itu cerita Pontianak lembik). Ia menarik penyertaan bukan hanya pelumba terkenal dan peminat aksi lasak tapi juga bintang filem Hollywood dan pelumba amatur lain.

Perlumbaan Le Mans 24J, Indy 500 dan Daytona 500 memang sudah dikenali ramai tetapi pelumba-pelumba mereka tidak perlu berhadapan dengan aliran trafik dari hadapan dan jerangkap samar yang dihasilkan oleh penonton. Ya, ada jerangkap samar dan periuk api tuan-tuan. Matilanak kalau terlanggar benda alah tu.

  1. Laluan Baja 1000

Laluan asal adalah di Mexico dan sentiasa bermula dan berakhir di Ensenada, Mexico dan kadang kala di tamatkan di La Paz. Laluan ini asalnya dicadangkan oleh Bud Ekins, bekas pelumba lagak ngeri yang sentiasa menggunakannya untuk menguji motosikal endure buatan Honda.

Perlumbaan ini adalah sejauh 850 batu dan merupakan gabungan antara trek padang pasir dan jalan raya berturap. Ia merupakan satu pusingan menuju ke pantai Lautan Pasifik sebelum berpatah balik ke Ensenada dengan menyusuri tepian pantai teluk California sebelum pelumba merentasi kawasan Ojos Negros yang berbatu-batu.

  • Perlumbaan Terbuka Kepada Motosikal, Trak dan VW Beetle

Sebenarnya senarai kenderaan yang menyertai Baja 1000 cukup panjang dan kompleks. Secara mudahnya, motosikal akan dilepaskan terlebih dahulu daripada Honda CRF, KTM dan pelbagai model Yamaha (kecuali waisuku). Demak tak pernah masuk lagi setakat ni.

Selepas kumpulan pertama tadi barulah tiba giliran trak-trak berkuasa tinggi umumnya keluaran Ford dan Chevrolet. Ia kemudiannya diikuti oleh Buggy Kelas 1 yang berkuasa 500bhp.

Akhirnya tibalah kategori paling klasik Class 11, khas untuk VW Beetle. Beetle bebas modifikasi ini merupakan pati sebenar Baja 1000. Mereka pecinta kereta, sukakan aktiviti kembara dan semestinya mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

  • Latihan dan Risikan Adalah Rahsia Kejayaan

Ya, kena banyak latihan dan membuat tinjauan untuk memenangi perlumbaan. Mexico merupakan kawasan asing bagi kebanyakan peserta dan mereka perlu tahu di mana perlu melakukan lompatan, longkang dan jurang untuk dielak dan kalau anda bijak, kena mahu di mana laluan pintas terbaik.

Baja 1000 tidak mempunyai tanda jalan macam perlumbaan rali dan hanya dengan latihan dan tinjauan membolehkan anda memilih laluan terbaik. Sesat jalan bermakna kehilangan masa perlumbaan yang sangat berharga.

  • Cuaca Boleh Membunuh

Ramai pelancong berkunjung ke Semenanjung Baja California untuk berjemur manikmati cahaya matahari tapi untuk mereka yang memilih untuk berlumba dan perlumbaan gila ini, cuaca mungkin menyebabkan mereka kehilangan nyawa.

Kalau kabus, hujan dan salji belum mencukupi, bayangkan macam mana pemandangan akan akan tertutup oleh debu perang yang dihamburkan dari tayar pelumba di depan anda. Kalau waktu memang perlahan pun dah jadi masalah, macam mana dengan kelajuan perlumbaan?

  • Jalan Raya Terbuka

Ya, mereka tidak menutup jalan raya untuk perlumbaan Baja 1000 ini. Trafik masih ada dari kedua-dua arah. Jangan terperanjat kalau ada pemandu tempatan dan pakcik bas sekolah trut berlumba dengan anda. Silap-silap ada abang sojar yang sama berlumba sambil peluk bini.

Pelumba terpaksa mencelah-celah antara penunggang motosikal, trak mengangkut kargo, bas kilang, kereta lembu dan macam-macam lagi. Itu belum termasuk penonton yang berdiri di tengah jalan dan mengorek lubang untuk melihat aksi di hadapan mata. Kurang asam betul.

Tak cukup dengan mengorek lubang mereka turut membina tanjakan untuk melihat kenderaan pelumba melompat ala filem Dukes of Hazzard. Mana la nak nampak benda alah tu kalau berlumba waktu malam.

  • Pelumba Solo

Ada yang berlumba di bawah pasukan sehingga 5 orang pelumba sepasukan. Menariknya ada juga yang berlumba secara solo. Ini memang kena tabiklah. Gila kau berlumba seorang diri dalam Baja 1000 di tengah Mexico secara solo. Mexico ni bang, bukannya Lenggong ataupun Samarahan. Bayangkan kalau terjatuh atau terjunam ke cerun di tengah padang pasir. Tak ke naya?

Google ads
Back to top button