SMART #1 MEMANG SEMAT MAT! – ELEGAN, CANGGIH DAN PREMIUM
Sejak dilancarkan, smart #1 sememangnya menjadi sebutan terutamanya dengan gayanya yang elegan, canggih, premium dan lebih penting, eco-friendly.
Sebagai kereta elektrik yang dilengkapi teknologi terkini, ia juga didatangkan dengan harga kompetitif serta ditambah pula Kerajaan Malaysia kini menawarkan pengecualian cukai sehingga 2025, bermakna anda tak perlu pening memikirkan tentang cukai jalan sampai tahun 2025.
smart #1 digayakan dengan reka bentuk yang diinspirasi daripada Mercedes-Benz dan ditawarkan dalam tiga varian; Pro, Premium dan BRABUS.
Ia kini boleh dimiliki pada harga seperti tertera di bawah:
- Pro: RM189,000
- Premium: RM219,000
- BRABUS: RM249,000
Harga tersebut adalah sangat sesuai untuk pengguna yang lebih memilih untuk mendapatkan kenderaan premium, elegan, seperti namanya – smart dan disertakan dengan ciri-ciri canggih serta mewah.
Ketiga-tiga varian berkenaan diserlahkan melalui rim aloi-19 inci, jeriji hadapan bercahaya, lampu depan Cybersparks Matrix LED dan DRL LED bersepadu.
Bahagian dalaman Smart #1 diserlahkan melalui skema warna dua tona dengan papan pemuka putih dalam Pro dan Premium, manakala versi BRABUS pula lebih sporty, mendapat kemasan hitam serta aksen merah.
Apabila bercakap tentang teknologi canggih, smart #1 dilengkapkan dengan instrumen digital 9.2-inci dan paparan infotainmen skrin sentuh 12.8-inci dalam semua varian.
Menjengah ke dalam kabin, smart #1 tampil dengan rekaan minimalis serta elegan, hasil inspirasi daripada Bauhaus.
Varian Premium dan BRABUS mendapat paparan kepala (HUD) 10 inci termasuk disertakan sistem pencahayaan ambien 64 warna, sistem bunyi Beats 13 pembesar suara, bersama-sama dengan set lengkap ADAS (sistem bantuan pemandu lanjutan).
smart #1 sekali pandang memang nampak bersaiz kecil tetapi sebenarnya ia menawarkan keselesaan dan praktikaliti kepada pemandu serta penumpang seperti ‘Courtesy Seat’ di pusat kawalan IHU bagi memastikan ruang mencukupi untuk pemandu.
Bagi varian Pro, ia menerima upholsteri leatherette, upholsteri tempat duduk jenis kulit dengan fungsi pengudaraan untuk varian Premium dan tempat duduk varian BRABUS dibalut ultra suede, larasan 10 tahap.
Tambahan, varian Premium dan BRABUS ini sangat sesuai untuk kegunaan keluarga termasuk kelengkapan yang lain akan memudahkan lagi pengguna seperti dua pemegang cawan, but kuasa kapasiti 323 liter, ruang bonet 15 liter, kerusi kulit elektronik dengan fungsi ventilasi dan memori serta ruang simpanan konsol tengah dengan peti pendingin.
Kalau nak dibandingkan dengan sedan, smart #1 juga tak kalah dengan headroom atau legroom yang luas, berbeza dengan model SUV atau Tesla Model 3 di mana tempat duduknya tinggi dari posisi visual.
Tak cukup dengan itu, smart #1 turut mempunyai bumbung bumbung halo panoramik dan kelebihannya adalah ia ada smart blind bagi mengelakkan rasa bahang ketika anda meletakkan kereta di suatu tempat pada tempoh yang lama.
Ini tidak ditawarkan oleh Tesla, jadi, ia menyebabkan anda rasa panas walaupun pakai tinted 200% sekali pun.
Bukan itu sahaja, smart #1 masih memberikan ‘feel kereta’ dan untuk pemilik kenderaan ICE, tidaklah berasa kekok sangat sebab ia masih disertakan dengan semua suis termasuk signal.
Ini berbeza dengan Tesla Model 3, serupa kapal angkasa, tidak mempunyai suis, penyelarasan stereng atau cermin sisi pun ada dua, tiga langkah.
Tesla Model 3 juga tidak disertakan dengan suis signal, lebih-lebih lagi orang kita ada perangai susah nak bagi signal dan bawa pula Tesla Model 3, memang lagi memeningkan.
Inilah dimaksudkan dengan ‘feel kereta’ setidaknya, smart #1 masih mementingkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.
smart #1 adalah kenderaan elektrik yang berbaloi dengan wang dikeluarkan dan pulangannya juga akan menenangkan hati anda dan secara mekanikal pula, ia cukup padu untuk anda memilih smart #1 sebagai kenderaan elektrik pilihan.
Varian Pro dilengkapi oleh bateri LFP berkapasiti 49kWj, menawarkan jarak gerak sehingga 315km berdasarkan kitaran WLTP.
Untuk rekod, #1 Pro menyokong pengecasan AC 7.2kW, di mana ia memerlukan tempoh selama enam jam untuk pengecasan 10 hingga 80 peratus.
Bagi varian Premium pula, ia hadir bersama bateri NMC berkapasiti 66kWh dengan jarak pandu sejauh 440km.
Ia menyokong pengecasan 22kW dan mengambil masa sehingga tiga jam sahaja bagi pengecasan 10 hingga 80 peratus.
Pengecasan pantas DC boleh menampung sehingga 150kW yang berupaya mengecas bateri dari 10 hingga 80 peratus dalam 22 minit untuk varian Pro manakala varian Premium menelan masa 29 minit.
smart #1 Pro dan Premium dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang diletakkan pada gandar belakang, berupaya menghasilkan 272PS dan 343Nm.
Kuasa berkenaan memberi daya pecutan 0-100km/j dalam 6.7 saat dan kelajuan maksimum pula dihadkan 180km/j.
Untuk penggemar model lebih sporty, smart #1 BRABUS berupaya memuaskan jiwa kelajuan anda, dipacu oleh dua motor elektrik, menghamburkan kuasa 428PS dan 543Nm serta dilengkapi dengan bateri NMC 66kWj, menawarkan jarak gerak 400km.
Dengan pacuan semua roda (AWD), ia hanya memerlukan 3.9 saat untuk melakukan pecutan 0-100km/j.
Untuk pengecasan, ia adalah sama seperti varian Premium iaitu mengambil masa selama tiga jam bagi pengecasan 10 hingga 80 peratus menerusi pengecas AC 22kW manakala dengan pengecas DC 150kW hanya memerlukan 29 minit sahaja.
Apa macam? Jangan fikir terlalu lama untuk mendapat kenderaan elektrik smart #1 kerana ia dijamin bakal menjadi pendamping terbaik anda, bersama-sama ciri-ciri mengagumkan, mementingkan keselamatan pengguna dan memberikan pengalaman pemanduan terbaik.
Dengan tawaran harga seperti dinyatakan di atas, smart #1 boleh dimiliki seperti biasa, sama macam beli Ativa, BMW, Mercedes, Ferrari, semudah ABC – pergi ke bilik pameran, uji pandu dan buat tempahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai smart #1, sila layari my.smart.com atau ketahui perkembangan smart melalui sosial media seperti Facebook, Instagram dan TikTok smart Malaysia.