Buletin

TAHUKAH ANDA JENAMA PALING MEMUASKAN HATI DI UK? SYARIKAT SUV KOREA

Pada September lepas, J.D Power mengumumkan keputusan kajian Indeks Kepuasan Pelanggan Malaysia 2018 dan suatu yang mengejutkan apabila Mitsubishi Motors Malaysia berjaya menduduki tangga teratas mengalahkan jenama terkenal lain.

Lagi dua jenama top tiga ialah Mazda dan Volkswagen. Di manakah jenama massa? Toyota berada di tangga kelima manakala Honda pula keenam.

Satu kajian di UK oleh laman web HonestJohn.co.uk juga turut menunjukkan satu keputusan mengejutkan. SsangYong dipilih sebagai jenama paling memuaskan hati di UK.

Kajian tersebut dinamakan sebagai Honest John Satisfaction Index 2018.

Laman web tersebut membuat tinjauan dari lebih 10,000 pemilik dengan setiap kereta dinilai dari pelbagai perkara seperti ketahanan, keselesaan, penjimatan bahan api, pratikaliti dan prestasi.

Pemilik juga membuat penilaian ke atas kereta mereka berdasarkan kualiti, kemudahan penggunaan dan keselamatan.

Kajian yang dibuat mendapati pemilik sangat berpuas hati dengan SsangYong dan dipuji kerana ketahanan, praktikal, senang digunakan dan selesa.

SsangYong Tivoli Ultimate

SsangYong adalah satu-satunya pengeluar yang mencatat 90 peratus markah kepuasan hati di kalangan pemiliknya. Walaupun begitu jenama lain turut mendapat tempat melalui model masing-masing.

Sebagai contoh model terbaik keseluruhan ialah Toyota Prius dengan 94.8 % markah dan hanya tipis mengatasi Skoda Superb Estate iaitu 94.5 % markah.

Kereta dengan markah paling teruk pula ialah Vauxhall Astra (2009 – 2015) manakala jenama paling kurang memuastkan hati ialah Fiat.

Menurut Pengarah Editor, Dan Powell Indeks Kepuasan HonestJohn.co.uk berbeza dengan kajian lain kerana ia mengambil data daripada pemilik yang menggunakan kereta itu sendiri.

Honestjohn.co.uk pula adalah satu-satunya laman web di UK yang menyimpan laporan kerosakan setiap kereta.

Berikut ialah hasil daripada kajian yang dibuat oleh Honestjohn.co.uk:

Model Kereta 10 Teratas:

1) Toyota Prius (2016 – ) 94.8%
2) Skoda Superb Estate (2015 – ) 94.5%
3) Skoda Kodiaq (2016 – ) 92.5%
4) Porsche Macan (2014 – ) 91.5%
5) Kia Niro (2016 – ) 91.3%
6) Kia Cee’d (Produced from 2012 – 2018) 91.0%
7) Skoda Octavia (2013 – ) 90.8%
8) Volkswagen Golf Estate (2013 – ) 90.5%
9) Skoda Octavia Estate (2013 – ) 90.4%
10) Hyundai i10 (2014 – ) 90.3%

Model Kereta 10 Terbawah:

1) Vauxhall Astra (2009 – 2015) – 75.7%
2) Renault Captur (2013 – ) 77.5%
3) Ford C-MAX (2010 – ) 79.5%
4) Nissan Juke (2010 – ) 80.2%
5) Vauxhall Corsa (2014 – ) 81.1%
6) Volkswagen Golf (2009 – 2013) – 81.2%
7) BMW 2 Series Coupe (2014 – ) 81.7%
8) Range Rover Evoque (2011 – ) 81.9%
9) Ford Fiesta (produced from 2008 – 2013) – 82.3%
10) Nissan Qashqai (2014 – ) 82.5%

Pengeluar kereta terbaik – SsangYong: 90.3% 

BACA: ADA YANG BERANI TIRU? SSANGYONG JUAL KERETA TANPA BUNGA (FAEDAH)

BACA: MASIHKAH DIKAU INGAT? SSYANGYONG STAVIC?

Google ads
Back to top button