Modifikasi

HONDA CIVIC EG – SI DOLPHIN DARAT

Hari ini, istilah VTEC turbo bukan lagi asing selepas Honda mengambil keputusan untuk menggunakannya pada model produksi massa. Ikut trend semasa katanya.

Ketika diumumkan ramai jugak yang menentang, bimbang jenama kesayangan mereka ini hilang identiti perangnya. Namun lepas berjaya dibuktikan, masing-masing mula akur dengan perubahan baru ini.   

Itu cerita barisan model baru. Bagi peminat modifikasi Honda seperti Duan, mereka telah bereksperimen dengan enjin jenis ini jauh lebih lama dahulu. Macam-macam contoh pernah ditunjukkan.

Ada yang buat untuk tujuan perlumbaan, ada juga lebih santai untuk kegunaan di hujung minggu. Walau apa pun tujuannya, semangat untuk menghasilkan enjin luar biasa ini cukup mengagumkan, hingga mampu mengejutkan jentera berkuasa turbo yang sebenar.

Civic EG6 Duan ini merupakan satu lagi contoh yang boleh kita teliti. Bermula dengan enjin B16B Type R sebagai asas, ia kemudian diperkukuhkan dengan kit stroker dari enjin B18C Type R.

Unit piston bagaimanapun tidak diguna pakai, tapi digantikan dengan piston Wiseco 82mm. Beberapa komponen penting di bahagian kepala silinder juga telah dinaik taraf seperti penggunaan spring injap Buddyclub, retainer Skunk2, serta cam pulley boleh laras Skunk2.        

Keupayaan sistem pendesak dijana oleh turbo Garrett GT30 yang elok mendongak di atas manifold turbo Tonnka. Disertakan juga sebuah wastegate Tial 38mm, untuk mengawal tekanan pada perumah turbo.

Jumlah boost yang dihasilkan, seterusnya disejukkan oleh intercooler gedabak Skyline R34, yang tersembul di sebalik bumper depannya. Sebaik diterima masuk ke mulut throttle body Super90, lebihan boost yang tidak digunakan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Tial.

Penyampaian bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke set injektor FIC berkapasiti 1050cc yang melekat kemas pada rel bahan api Works Engineering.

Mazda CX30

Untuk pembakaran yang efisyen, kuasa letusan datang dari kabel pencucuh NGK R09. Memastikan perjalanan enjin ini sentiasa optimum, ia kini ditala sepenuhnya menggunakan unit ECU Hondata S300.

Sentapan roda depan dipacu kotak gear S80 yang diambil dari Integra DC2R. Sebelum boleh digunakan, ia telah dirombak semula untuk menempatkan ratio gear kustom, final drive 4.0, serta unit LSD full lock Cusco.

Bagi mengelak masalah gelinciran ketika memecut, hantaran kuasa dibantu set klac plet berkembar dari Competition Clutch.

Dari segi kosmetik, sudut luaran nampaknya masih menggunakan kit badan asal. Disebabkan unit intercoolernya yang besor gedabak, sedikit potongan perlu dibuat di bahagian bumper depan.

Ia kemudian diserikan dengan beberapa komponen tambahan seperti hood gentian karbon J’s Racing, spoiler Spoon, lip depan Spoon, skirt sisi Civic EK9, serta lampu belakang LED Depo. Paling menjolok mata penggunaan cermin sisi Bomex, yang kureng dipilih peminat VTEC tempatan.

Bagi memantapkan sektor pengendalian, sistem gantungan diserah kepada set suspensi boleh laras Tein Monoflex. Ia dimantapkan lagi dengan bush Energy Suspension, bar fender Cusco, bar anti-roll 22mm Integra DC2R, serta plet subframe belakang ASR.

Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem brek depan menggunakan kaliper 4-pot dari Spoon, yang digandingkan bersama rotor Project U SCR, serta pad brek dan hos braided Endless. Rim pulak jenis Volk Racing CE28 berukuran 16-inci, yang dipadankan bersama tayar Bridgestone Potenza RE71R dari saiz berbeza untuk depan dan belakang.

Sudut dalaman menerima salinan penuh komponen milik Civic EG6 94 Spec. Kira barulah sikit. Ini diikuti penggunaan tempat duduk Recaro SR4 Tomcat Blue di bahagian pemandu, stereng Nardi Torino, karpet Integra DC2R, pedal aloi Civic EK9, serta kolum stereng berlampu yang rare.

Rangkaian gajet tambahan terdiri daripada pemasa enjin FET, butang penghidup Integra DC2R, lampu gear Pivot, DIN Defi, meter boost M7 Japan, meter suhu ekzos Sard, serta unit paparan Blitz Power Meter SJ.

Dah lama sangat Dolphin Darat ni berhenti rehat. Dulu bukan main ligat lagi lumba sana-sini. Naik podium pun banyak kali. Tapi lepas siap bikin semula, nak tekan 0.9-bar pun sayang. Faktor usia bekali…

-PAK MAUN-

KREDIT: KAKIKERETA.COM

Spesifikasi

Pemilik                        M Riduan Daud

Pengeluar                    Honda

Model                          Civic EG6

Tahun                          1992 / 2005

Enjin Asal                   B16A

Modifikasi Enjin         B16B Type R, kit stroker B18C Type R, piston Wiseco 82mm, stud ARP, port & polish kepala silinder, camshaft B16B, spring injap Buddyclub, retainer & cam pulley boleh laras Skunk2, turbo Garrett GT30 AR7082, manifold turbo Tonnka, wastegate Tial 38mm, intercooler Skyline R34, paip intercooler kustom, pengawal boost Turbosmart Dual Stage, injap pelepas Tial, throttle body Super90, pam petrol Walbro, injektor FIC 1050cc, rel bahan api Works Engineering, regulator Sard, kabel pencucuh NGK R09, Hondata S300, radiator aluminium Fwin

Transmisi                    Kotak gear S80 Integra DC2R, final drive 4.0, LSD full lock. Cusco, ratio gear kustom, set klac plet berkembar Competition Clutch, drive shaft Spoon 36mm

Ekzos                          Paip kustom 3-inci & paip muffler 4-inci

Luaran                         Hood gentian karbon J’s Racing, spoiler Spoon, lip depan Spoon, skirt sisi Civic EK9, cermin sisi Bomex, lampu belakang LED Depo

Suspensi                      Tein Monoflex, bush Energy Suspension, bar fender Cusco, bar anti-roll 22mm Integra DC2R, plet subframe belakang ASR

Brek                            Kaliper monoblok Spoon, rotor Project U SCR, pad brek & hos brek braided Endless

Rim & Tayar               Volk Racing CE28 16-inci & Bridgestone Potenza RE71R 225/45R-16 (depan), 205/45R-16 (belakang)

Dalaman                      Salinan komponen Civic EG6 94 Spec, tempat duduk Recaro SR4 Tomcat Blue, stereng Nardi Torino, karpet Integra DC2R, pedal aloi Civic EK9, kolum stereng berlampu, pemasa enjin FET, butang penghidup Integra DC2R, lampu gear Pivot, DIN Defi, meter boost M7 Japan, meter suhu ekzos Sard, Blitz Power Meter SJ

Bengkel                       V Garage Autoparts, Paka & My Garage, Kemaman

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button