
Motosikal
KTM MAHU JUAL JENTERA RC16 ESPARGARO. HARGA RM1.43 JUTA + PAKEJ
KTM dikatakan mahu menjual jentera MotoGP KTM RC16 tahun 2019 yang digunakan oleh pelumba factory KTM, Pol Espargaro.
Ini sememangnya satu tawaran yang menarik dan jarang berlaku. Ini kerana pembeli akan memiliki sebuah jentera MotoGP sebenar, lengkap dengan livery Red Bull berwarna oren terang dan nombor 44 yang digunakan oleh Espargaro.
Jentera itu juga telah mencatat beberapa pencapaian. Antaranya mencatat 100 mata, menamatkan saingan dalam kelompok10 pelumba teratas dalam lapan perlumbaan dan banyak lagi.
KTM RC16 itu ditawarkan pada harga 288,000 euro (RM1.43 juta) bersama pakej:
- Sut kulit penuh perlumbaan yang dipakai oleh Espargaro
- Topi keledar perlumbaan yang ditandatangani oleh Espargaro
- Pek VIP untuk mana-mana acara MotoGP tahun 2021. Antaranya melibatkan lawatan, berjumpa dengan para pelumba MotoGP dan sut penuh pakaian pasukan Red Bull KTM Factory Racing
- Akses hujung minggu ke Red Bull Energy Station yang lengkap dengan hidangan
Amacam, ada berminat?