Buletin

SUBARU IMPREZA 2025 UNTUK AS, IMPREZA RS GUNA ENJIN 2.5 BOXER

Subaru Impreza generasi keenam dikeluarkan pada 2023 dan hadir tanpa model sedan. Peminat masih boleh mendapatkannya melalui WRX atau Levorg jika mahukan sebuah wagon.

Impreza dibangunkan dari Platform Global Subaru dan mempunyai ketegaran kilas sepuluh peratus lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini. 

Binaan yang menggunakan rangka dalaman penuh dan tambahan pereka struktur dari 26.2 kaki kepada 88.5 kaki menyumbang kepada ketegaran badan yang lebih baik dan lebih ringan.

Subaru Impreza RS 2024

Terbaru Subaru mengumumkan penawaran Impreza model tahun (MY) 2025 buat pelanggan di Amerika Syarikat.

Impreza 2025 hadir tanpa perubahan dan terus ditawarkan dalam varian Base, Sport dan RS.

Satu daripada tiga varian tersebut tidak sama dengan Impreza RS menggunakan enjin 2.5 liter Boxer yang menghasilkan 182 kuasa kuda (hp) dan 241Nm. 

Dua lagi varian digerakkan enjin 2.0 liter Boxer dengan kuasa 152 hp dan 196Nm. Kesemuanya menggunakan kotak gear Lineartronic CVT dan pacuan Symmetrical All-Wheel Drive.

Impreza Sport dan RS istimewa dengan pedal tukaran gear pada stereng dan mod manual lapan kelajuan.

Kesemua Impreza 2025 dilengkapi teknologi bantuan pemanduan EyeSight yang terbaru.

Subaru Impreza RS – AS$28,385 (RM123,790)

Varian ES mempunyai tambahan kelengkapan daripada Impreza Sport seperti Pakej Semua Cuaca, Pengesanan Titik Buta dengan Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Lintasan Lalu Lintas Belakang dan Stereng Kecemasan Automatik.

Dari segi identiti, model ini berbeza dengan logo RS pada pintu depan dan pintu kargo belakang, rim aloi 18 inci warna kelabu gelap, warna hitam pada jeriji, skirt badan, cermin sisi dan lampu besar LED yang dipertingkat.

Bahagian dalam dihiasi perkakasan warna gunmetal dan corak gentian karbon, kerusi balutan fabrik hitam dan merah dan alas kaki dengan logo RS.

Stereng dan tombol gear dibalut kulit dan kaki pemandu meminjak pedal aluminium aloi.

Turut dilengkapi pengecasan telefon tanpa wayar, slot pengecasan USB-A dan USB-A bercahaya di belakang konsol tengah.

Jika belum memadai, pelanggan ditawarkan sistem bunyi Harman Kardon dengan sepuluh pembesar suara, bumbung kaca, kerusi depan dengan sokongan belakang dan sepuluh larasan kuasa.

Harga untuk pakej tambahan tersebut ialah AS$2,070 (RM9,027).

Subaru Impreza Sport – AS$25,495 (RM111,190)

Berbanding varian asas, Impreza Sport dilengkapi rim aloi 18 inci warna kelabu gelap, sistem pengurusan prestasi SI-DRIVE, ampaian talaan sport, lampu kabus LED dan Akses Tanpa Kunci dengan Butang Tekan Hidup.

Turut dilengkapi sistem Multimedia Plus 11.6 inci dan Subaru Starlink, kerusi balutan fabrik dengan sulaman merah, perehat lengan dan dua pemegang cawan pada kerusi belakang dan slot pengecasan dan input USB-C pada konsol depan.

Impreza Sport juga mempunyai pakej tambahan iaiatu Pengesanan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Lalu Lintas Belakang, Pakej Semua Cuaca, Stereng Kecemasan Automatik dan Bumbung Kaca pada harga AS$1,900 (RM8,286).

Subaru Impreza – AS$23,495 (RM102,463)

Varian paling mampu milik ini dilengkapi sistem EyeSight, lampu besar LED responsif stereng, kawalan suhu dua zon automatik, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar dan meter gabungan dengan LCD 4.2 inci.

Lagi kelengkapan asas seperti skrin sentuh Starlink tujuh inci, Bluetooth, Kamera Pandangan Belakang, Henti-Mula Automatik, kemasukan tanpa kunci, slot pengecasan dan input USB-A dan auxiliary pada konsol depan.

Kerusi belakang boleh dipisahkan secara 60/40 dan turut dilengkapi Nyalaan Selamat Datang.

Rim aluminium aloi 16 inci ditawarkan pada harga AS$350 (RM1,526).

Impreza 2025 dikeluarkan di Gunma, Jepun dan tiba di pengedar Subaru Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Subaru Impreza RS 2024 dan 2025

Google ads
Back to top button