NISSAN GT-R G-SHOCK 2024 DALAM WARNA MILLENIUM JADE – RM561!
Buat penggemar jam tangan G-Shock dan Nissan GT-R, kini ada model baharu yang ditawarkan selepas si merah dan hitam pada tahun lalu.
Bukan sahaja jam tangan, secara keseluruhan terdapat 40 barangan dari Nissan dan 42 dari Nismo dan mula dijual pada 17 Oktober di pengedar Nissan di Jepun, butik Nissan dan kedai dalam talian.
Di antara barangan seperti dompet, baju hud, cawan dan menariknya mangkuk makanan!
Nissan GT-R G-Shock – 19,800 yen (RM561)
Harga sama seperti tahun lalu namun tukaran wang semasa menjadikan GT-R G-Shock lebih mampu milik.
Versi terbaru tampil dengan warna yang diilhamkan dari GT-R iaitu Millenium Jade dan seperti biasa logo GT-R sebagai tanda istimewa namun diubah ke bahagian atas.
Selain bahagian depan, logo GT-R turut terpampang pada bahagian belakang. Skema warna terbaru lebih sederhana berbanding tahun lalu. Butang dan cangkuk berwarna hitam.
GT-R G-Shock menggunakan model DW-5600 buatan Jepun.
Dompet GT-R – 18,700 yen (RM530)
Selain jam tangan, peminat boleh membawa bersama dompet GT-R yang menarik dengan logo besi dan kulit rupa karbon.
Dompet ini mempunyai enam slot kad dan rekaannya tidak tebal yang elok di dalam poket dan tidak berbonjol.
Baju hud warisan Datsun 10,450 yen (RM296)
Nissan sekali menghentikan penawaran kenderaan Datsun namun baju hud ini dengan logo lama sesuai dipakai bagi membangkitkan nostalgia atau disarung ketika memandu model lama Datsun.
Cawan Nissan – 3,850 yen (RM109)
Diperbuat daripada besi tahan karat, cawan ini sesuai untuk diisi minuman panas atau sejuk. Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu biru, merah jambu dan hijau.
Selain cawan, Nissan juga menawarkan botol air besi tahan karat dalam warna yang seragam seperti cawan.
Mangkuk Nismo – 1,980 yen (RM56)
Minum dari cawan Nissan, pelanggan boleh menggunakan mangkuk Nismo untuk mengisi makanan. Mangkuk ini boleh digunakan di dalam ketuhar mikro dan mesin pencuci pinggan.
Klip duit Nismo – 3,520 yen (RM99)
Klip ini dibuat daripada karbon penuh dan dari segi fizikal ringan dan kuat.
Baju lengan panjang warisan – 12,100 yen (RM343)
Tampil cantik dengan tiga warna, corak yang sama turut digunakan di belakang baju. Rekaan ini mengingatkan kepada sut lumba di dalam perlumbaan tahan lasak Kumpulan C.
Beg Boston – 5,170 yen (RM146)
Beg ini boleh mengisi barangan untuk kegunaan dua sehingga tiga malam. Pad pada tali mengurangkan ketidakselesaan pada bahu.