Buletin

SUBARU OUTBACK DENGAN EYESIGHT SUDAH ADA DI MALAYSIA – RM246K DAN LEBIH SELAMAT

TC Subaru Sdn. Bhd (TC Subaru) pengedar kenderaan Subaru di Malaysia memperkenalkan Subaru Outback hari ini.

Ditawarkan pada harga bermula RM246,188 (tidak termasuk insurans), Outback didatangkan dalamm tiga warna iaitu hijau metalik, merah dan coklat mutiara.

 

SUV itu kini hadir dengan Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight yang menawarkan pemanduan lebih yakin kepada pengguna.

Anda boleh melihatnya secara dekat pada acara Carlist.my DRIVE: Auto Fair 2018 yang berlangsung sekarang hingga 29 Julai 2018 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Outback baharu tampil dengan:

  • Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight  – satu sistem bantuan yang terdiri daripada pelbagaui fungsi untuk menawarkan pemanduan lebih selamat.
  • STABLEX-Ride System – menawarkan kestabilan stereng dan kurang olengan
  • X-MODE – mengoptimumkan kawalan enjin, sistem pacuan semua roda S-AWD dan brek.    

Jentera itu juga dipasang dengan bampar hadapan dan gril heksagon baharu. Rim berbentuk turbin yang ringan itu menjanjikan aerodinamik lebih baik.

Fungsi lain yang ditawarkan ialah port USB pada konsol belakangdan tambahan mikrofon untuk menambah baik ciri pengecaman suara.

Outback dilengkapi sistem infotainmen premium dengan skrin beresolusi tinggai bersaiz 8 inci, serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Outback dikuasakan oleh enjin Boxer aspirasi biasa bersesaran 2.5 liter yang telah dinaik taraf dengan alternator baharu agar lebih menjimatkan. Bukan itu sahaja, alternator tersebut membolehkan berat dikurangkan sebanyak 8 peratus. 

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak geat CVT 7 kelajuan yang menjanjikan prestasi pemanduan sporty.

Tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan, Outback dilengkapi sistem lampu yang responsif terhadap pergerakan stereng.

Manakala kamera yang dipasang pada gril hadapan dan perumah cermin sisi membolehkan pemandu memeriksa ruang sekitar kenderaan apabila bergerak di tempat sempit. 

GALERI 

Tags
Google ads
Back to top button