Buletin

ISUZU MALAYSIA LANCAR D-MAX X-SERIES – 2 VARIAN, BERMULA RM118K  

Isuzu Malaysia hari ini melancarkan trak pikap D-Max X-Series edisi terhad yang berkonsepkan urban sports.

Hadir dalam dua varian iaitu 2.5L dan 3.0L, anda boleh memilikinya pada harga RM118,000 dan RM124,000 seunit (tidak termasuk insurans, di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam dua warna iaitu putih mutiara dan hitam metalik.

Setiap pembelian X-Series akan dihadiahkan dengan beg silang X-Series, tumbler, rantai kunci dank ad Touch N Go.

Diperkenalkan pada acara Drive Autofair 2018 di Setia City Shah Alam, trak pikap tersebut tampil dengan beberapa aksesori menarik. Apa yang paling ketara ialah gril hadapan berwarna kelabu.

Tidak ketinggalan skirting hadapan dwi tona, skirting belakang bersama aero sports bar, logo Isuzu berwarna merah dan lencana X-Series berhampiran lampu belakang.

D-Max X-Series edisi terhad diserlahkan lagi menerusi pelekat khas pada badan. Selain lampu aluan yang akan menyala sebaik sahaja kunci dibuka.

Trak pikap itu juga didatangkan dengan pelbagai aksesori seperti Around View Monitor 360 darjah (AVM), tag elektronik Touch N Go, lampu LED kabin dan tempat duduk kulit.

“Sejak pengumuman GST sifar, permintaan terhadap D-Max meningkat mendadak. Orang ramai harus merebut peluang untuk mendapatkan X-Serieskerana hanya 210 unit sahaja akan dihasilkan,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu bagi Kenderaan Komersial Ringan, Masayuki Suzuki.

D-Max X-Series edisi terhad akan mula berada di bilik pameran di seluruh negara mulai minggu pertama Ogos. And juga boleh melihatnya secara dekat pada acara Drive Autofair 2018 bermula hari ini sehingga 29 Julai 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button