,
Artikel Pilihan

HONDA S2000 – LAGENDA ROADSTER PALING BERKUASA DARI JEPUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan mengupas serba sedikit tentang sebuah lagenda yang bernama Honda S2000.

Bila sebut pasal Honda, siapa je tak kenal Honda? Honda merupakan satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Barisan modelnya sentiasa mencatatkan pencapaian di luar jangkaan. Tidak kira dari varian apa pun.

Bagi varian Roadster, Honda mempunyai legasi bermula daripada model S360, S500, S600 dan S800. Namun S360 tidak diproduksikan atas sebab model S500 adalah lebih munasabah untuk diproduksikan menurut Honda.

Nilai nombor yang tertera pada setiap model ini merujuk kepada jumlah kapasiti enjin. Oleh itu, jelas kenapa S360 tidak diproduksikan. Takkan nak jual kereta 360cc ?

Bagi meneruskan legasi roadster ini, pada tahun 1999 pihak Honda telah mengeluarkan sebuah jentera yang dinamakan S2000. Jentera ini dilahirkan di Takanezawa R&D Plant, Tochigi, Jepun.

Ia direka oleh Mr.Daisuke Sawai. Jentera ini mempunyai 2 generasi iaitu AP1 dan AP2. Untuk ini, kita kupas sebentar lagi.

Apa yang menarik tentang jentera ini ?

Semuanya menarik Tuan-Tuan. Kita mulakan dengan “body” jentera ini. Jentera ini mempunyai nisbah berat depan dan belakang sebanyak 50:50. Maknanya apa ? Stabil.

Ye, stabil. Selain itu, ia juga menerima sistem suspensi “Double Wishbone” depan dan belakang. Memang mantap lah layan corner cerita dia. Power Steering ? Ada, kawalan elektrik.

Ini adalah untuk mengurangkan beban kepada enjin sekiranya sistem hidraulik digunakan. Untuk keselamatan, jentera ini juga dilengkapi dengan “Roll Hoops. Apa benda ni ? Benda belakang “Headrest” tu. Tu lah dia.

Apa lagi ? Meter Digital Tuan-Tuan. Tahun 1999 dah pakai Meter Digital. Ketika ini kebanyakan kereta masih menggunakan meter analog. Bahkan kenderaan sekarang pun masih banyak yang menggunakan meter analog. Memang nampak gah betul Meter Digital ini sebenarnya.

Kalau dah namanya Roadster, bumbung mestilah boleh buka. Jentera ini ketika awal produksinya hanya mengeluarkan versi “Soft Top”. Hanya bermula pada tahun 2001 versi “Hard Top” diperkenalkan.

Sekarang kita pergi kepada enjin. Jentera ini menerima enjin 4 silinder berkod F20C. Enjin ini merupakan salah satu enjin dalam keluarga “F” tetapi ia menerima rombakan secara total.

Enjin ini merupakan salah satu enjin yang agak “Rare” disebabkan kedudukannya yang menegak di dalam ruang enjin. Menegak ? Ye saya. Tarik belakang boss.

Spesifikasi? Baiklah. Enjin ini mempunyai blok enjin daripada material alumunium. Bore X Stroke sebanyak 87mm x 84mm. Dinding silinder enjin ini dibuat daripada FRM (Fibre-Reinforced Metal).

Piston pula diisalut dengan “Molybdenum Disulfide” yang berfungsi untuk mengurangkan geseran. Selain daripada itu, komponen-komponen enjin yang lain dibuat dengan teknologi “Forged”.

Memang tahan. Sangat tahan. Selain daripada tahan, ianya sangat ringan. Harga je berat. Haha. Dengan stroke yang lebih pendek, enjin ini juga sangat stabil. Buktinya, unit “Balancer Shaft” tidak diperlukan untuk enjin ini.

Umum mengetahui kelebihan enjin Honda adalah pada sistem VTEC nya. Sistem ini pula terletak di unit kepala silinder enjin ini.

Dengan menggunakan asas kepala silinder enjin berkod F20B, pihak Jurutera Honda telah melakukan rombakan bagi membolehkan lebih banyak kuasa dapat dihasilkan.

Unit kepala silinder ini menerima “Intake Port” dan “Exhaust Port” yang lebih besar. Unit “Valve” ditukar dengan yang lebih besar dimana 36mm bagi “Intake” dan 31mm bagi “Exhaust”.

Enjin ini mempunyai 4 injap bagi setiap silinder. Unit spring injap yang digunakan juga adalah lebih keras dan tahan. Bagi unit “Camshaft”, durasinya adalah 300/298 & 226/222 dan “lift” sebanyak 12.65mm/11.66mm.

Kapasiti “Injector” yang digunakan adalah 360cc. Bagi unit kawalan masukan udara yakni “Throttle Body”, saiznya adalah 62.5mm. Angin dah masuk, dah campur dengan bahan api, dan terbakar, kemudiannya dilepaskan melalui unit “Extractor” 4-2-1 daripada material “Stainless Steel”.

Dengan komponen-komponen “Forged” yang ada pada enjin ini serta blok alumunium, enjin ini adalah 8kg lagi ringan daripada enjin F20B. Namun, ringan tak bererti tak “power”.

Enjin ini mempunyai nisbah mampatan sebanyak 11:7:1 dan mampu menghamburkan kuasa sebanyak 247hp dan Torque sebanyak 208Nm. Redline? 9,000rpm. Fuhh padu Mengerang !

123.5hp per litre! Angka ini menobatkan enjin ini sebagai enjin Naturally Aspirated (NA) paling berkuasa di dunia ketika itu. Jadi, enjin Nissan SR16VE terpaksa turun takhta.

Untuk makluman, SR16VE mempunyai kuasa sebanyak 123.45hp per litre. Haha ! Beza 0.05hp sahaja. Enjin F20C menduduki takhta ini sebelum dirampas oleh Ferrari 458 Italia pada tahun 2010 dengan enjinnya yang berkuasa sebanyak 124.5hp per litre.

Selepas 11 tahun baru dapat pecah rekod. Itupun beza 1hp je. Hebat Honda! Hebat! Yang pecahkan rekod dia Ferrari kot.

Dengan kuasa sebanyak ini, berat jentera yang hanya 1274kg, nisbah berat dan belakang sebanyak 50:50 menjadikan jentera ini mempunyai kombinasi yang sempurna.

Selain itu, rekaannya cantik. Mungkin cantik ini subjektif, tapi ianya cantik! Peduli apa? Haha. Lagi satu, tarik belakang. Zaman ni tarik belakang memang “Selling Point”.

Sekarang kita pergi pula pada generasi.

AP1

Produksi model AP1 bermula pada tahun 1999 hingga tahun 2003. Spesifikasi enjin dan lain-lain bagi generasi AP1 ini saya telah terangkan diatas. Cuma disini saya akan terangkan tentang sistem transmisi kerana nisbah gear bagi AP1 ini berbeza dengan AP2.

Jentera ini dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan manual. Nisbah gear adalah seperti berikut :-

  • Gear 1 – 3.133
  • Gear 2 – 2.045
  • Gear 3 – 1.481
  • Gear 4 – 1.161
  • Gear 5 – 0.970
  • Gear 6 – 0.810
  • Gear Gostan – 2.8
  • Final Drive – 4.1

Pada tahun 2000, pihak Honda memperkenalkan model S2000 Type V. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan pengenalan teknologi Variable Gear Ratio Steering(VGS).

Sistem ini berfungsi untuk mengubah nisbah putaran stereng bergantung kepada kelajuan kenderaan. Sistem ini adalah yang pertama digunakan pada kenderaan. Syabas Honda!

Selain itu, unit penyerap hentak dan Limited Slip Differentials(LSD) ditambah baik untuk membolehkan komponen-komponen ini beroperasi seiring dengan sistem VGS. Biasanya model Type V mempunyai “Badge” VGS di belakang.

AP2

Produksi model AP2 ini bermula pada tahun 2004 hingga tahun 2009. Boleh tahan banyak perubahan yang dilakukan pada model ini. Yang pertama, produksinya diubah dari Takanezawa ke Suzuka.

Kemudian, model AP2 menerima rim 17 inci. AP1 menerima rim 16 inci. Sistem serta geometri suspensi diubah bagi mengurangkan kebarangkalian untuk “Oversteer” ketika mengambil selekoh. Unit “Subframe” juga menerima penambahbaikan dari segi rekaan bagi meningkatkan kekuatan chassis.

Sistem Transmisi juga menerima perubahan dimana unit “Syncronizer” yang sebelum ini daripada tembaga ditukar kepada “Carbon Fibre”. Nisbah gear juga ditukar kepada berikut :-

  • Gear 1 – 3.133
  • Gear 2 – 2.045
  • Gear 3 – 1.481
  • Gear 4 – 1.161
  • Gear 5 – 0.943
  • Gear 6 – 0.763
  • Gear Gostan – 2.8
  • Final Drive – 4.1

Jika dilihat pada angka diatas, pihak Honda memendekkan gear 5 dan memanjangkan gear 6.

Bagi enjin pula, pihak Honda memperkenalkan enjin baru iaitu enjin berkod F22C. Kapasiti enjin ini adalah sebesar 2,157cc (2.2). Kuasa masih sama seperti F20C cuma enjin ini manpu menghasilkan Torque yang lebih tinggi dan cepat iaitu sebanyak 220Nm.

Enjin ni sebenarnya direka untuk pasaran Amarika sana tu. Selepas itu, enjin ini diaplikasikan untuk pasaran Jepun pula. Jadi, pasaran lain tak dapat varian enjin ini sebenarnya melainkan mereka mengimport sendiri dari Amarika dan Jepun.

Cuma bila masuk pasaran Jepun, kuasa enjin ini ditala kembali menjadi lebih rendah iaitu 238hp. CC makin besar, kuasa makin kurang. Haha! Tapi jangan risau, tuning punya masalah mesti boleh setel asalkan jumpa pomen dan Tuner yang betul.

Tak kira lah F20C atau F22C, kedua-dua enjin ini sangat tahan. Ia mampu menerima peningkatan kuasa sehingga lebih kurang 500hp tanpa perlu menukar komponen dalaman. Letak lah supercharge atau turbo, ia boleh tahan. Dengan syarat, talaan enjin mesti betul. Ini lah pentingnya berkawan dengan Tuner. Haha!

Kesimpulannya, jentera ini adalah satu lagenda yang harus dihormati. Tak semestinya tiada badge “Type R” tu tak laju. Kredit harus diberikan kepada Honda kerana berani untuk mengeluarkan model ini dikala kegawatan ekonomi dunia pada ketika itu. Bagi saya, model S2000 ini mempunyai pakej lengkap. Laju, cantik, handling mantap, lain daripada yang lain.

Oleh disebabkan pakej lengkap ini lah harganya masih mahal dan mungkin akan terus mahal.

Sedar tak sedar, sudah 20 tahun jentera S2000 ini berada di pasaran. Namun, disebabkan rekaan badannya dan juga atas faktor enjinnya membuatkan jentera ini kekal relevan.

Sepertimana lagu-lagu tahun 90-an yang sentiasa Evergreen, begitu juga lah jentera-jentera keluaran tahun 90-an ini.

Tags
Google ads
Back to top button