Artikel PilihanBuletin

SUKAN MOTOR ADALAH BERBAHAYA APATAH LAGI LUMBA HARAM – KAN DAH EKSIDEN (VIDEO)

Berlumba di atas jalan raya kini dah jadi macam trend pulak. Bawa kereta acah-acah hebat kena cucuk sikit terus masuk mod pelumba. Tak payahlah buat macam tu, kalau dah eksiden susah tau.

Dua pemandu di Kanada ini telah dirakam terlibat kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan sebuah treler. Ia kemungkinan besar akibat melanggar had laju dan kedua pemandu sedang berlumba antara satu sama lain.

Akhbar tempatan Kannda Journal Demontreal menyatakan yang kemalangan tersebut berlaku sewaktu sebuah treler besar sedang bergerak untuk membelok ke kanan ke sebuah kawasan pakir sebelum dilanggar oleh dua buah kereta yang bergerak laju.

Eric Thibault, pemandu treler terlibat sewaktu ditemuramah berkata, kejadian pada waktu senja itu berlaku ketika beliau hendak membelok ke kawasan pakir. Beliau sedang hendak bergerak ke kanan dari lorong paling kiri dan tempat kejadian cuma 250 kaki dari lampu isyarat. Lampu isyarat merah ketika itu sepatutnya menghalang pemandu lain dari memecut laju tetapi ternyata bukan itu yang berlaku.

Baru sahaja pemandu treler tersebut hendak membelok ke kanan, sebuah Volkswagen Golf berwarna hitam meluncur dari belakang dan mencium bahagian bucu hadapan treler sebelum terbabas ke laluan pejalan kaki. Kereta kedua pula sebuah bangsa Honda Civic juga meluru dengan pantas dan terbabas sebelum menghentam sebatang pokok di tepi jalan sehingga pokok tersebut ‘cedera parah’.

Had laju di kawasan kejadian ialah 60 km/j tetapi pemandu treler itu percaya kedua-dua kereta terbabit dipandu lebih dari itu. Sekurang-kurangnya 100 km/j. kalau dilihat pada rakaman video tu pun kami percaya yang kedua-duanya memang laju. Tengok sahajalah impak kemalangan tu.

Polis Montreal sedang menyiasat kejadian tersebut dan mengesahkan yang pemandu kedua-dua kereta tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Tak kira kereta apa pun kereta yang kita pandu tolong la pandu dengan hati-hati. Peraturan jalan raya mesti sentiasa dipatuhi dan tak payahlah nak baran sangat kalau ada pemandu lain cucuk belakang tu. Layan je lagu kat radio tu dan tenangkan hati.

Google ads
Back to top button