" "
Artikel Pilihan

AWAS! FORD BRONCO TIRUAN BAKAL MUNCUL DARI CHINA – BIASA LA KAN

Bunyi macam saspen, tapi biasa je sebenarnya. Dah selalu berlaku pun kan? Ford Bronco dan Bronco Sport 2021 baharu sahaja dilancarkan minggu lepas dan respon yang diterima adalah sangat menggalakkan khususnya di AS. Bakal pembeli berlumba meletakkan deposit sebanyak USD100 di laman web Ford.

Bronco Edisi Pertama terus sold out dan disebabkan berita tentang SUV Bronco akan kembali dihasilkan sudah tersebar sejak tahun sebelumnya, ia memberikan masa yang secukupnya kepada pesaing Ford untuk bersedia. Jangan ingat pesaing Ford Cuma Jeep dan Land Rover sahaja.

Jauh di seberang laut di negara bernama China, mereka sudah lama terkenal dengan melancarkan model-model yang hampir menyamai model asal keluaran syarikat ternama dunia. Kalau tak percaya cuba tanya mana-mana staf Jaguar Land Rover.

Buktinya bila syarikat pengeluar automotif China bernama Wey (apa punya nama daa), satu jenama di bawah Great Wall Motor baru sahaja melancarkan imej-imej teaser SUV Baru mereka dan memang jelas dari mana mereka mendapat idea.

Buat masa sekarang ia diberi kod nama Wey P01. SUV ini menampilkan rekaan lampu utama yang sangat iras denga Bronco. Malah rekaan badannya yang bersegi itu bagaikan gabungan Bronco dan Bronco Sport.

Itu belum campur arca roda yang agresif dan cermin sisi yang dilekatkan dengan bolt ke bahagian pintu. Memang boleh kata tak ada langsung ciri original pada kereta ini. Tapi tak tahulah kot dah siap lain pula hasilnya.

Tapi ada jugalah yang berbeza. Contohnya P01 ini tidak mempunyai bumbung dan pintu yang boleh ditanggalkan seperti Bronco. Hello, bukan semuanya macam ditiru dari Bronco okey. Gril hadapannya memang berlainan dari Bronco dan sebab itulah ia kelihatan biasa-biasa sahaja dan tidak menarik.

BACA: FORD BRONCO 2021 LEBIH MANTAP DAN RUGGED

Google ads
Back to top button