" "
Motosikal

POLIS SITA 82 MOTOSIKAL TANPA BREK BELAKANG DI KL

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyita 82 motosikal di Kuala Lumpur setelah didapati melakukan modifikasi haram.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid antara modifikasi haram yang telah dilakukan bagi menyertai lumba haram itu termasuk membuang brek belakang. 

“Kami telah mengesan pelumba remaja yang berlumba dengan mencabut brek belakang. Tindakan itu sangat membahayakan dan mampu mengundang kemalangan maut,” Datuk Allaudeen memberitahu pemberita. 

Memetik laporan The Star, sebanyak 625 saman telah dikeluarkan sepanjang operasi dilakukan dengan sejumlah 247 motosikal telah disita. 

“82 daripada motosikal yang disita itu didapati ketiadaan brek belakang. Perkara ini sudah menjadi trend dikalangan penunggang muda,” tambahnya. 

Google ads
Back to top button