Buletin

SUV PERODUA AKAN DILANCARKAN TAK LAMA LAGI. IKLAN SUDAH BERMULA…

Pada pameran KLIMS yang lalu, Perodua telah meletakkan SUV terbaru mereka (D38L) di dalam sebuah kotak untuk “diintai” oleh pengunjung, cuma itu sahaja gambaran paling dekat yang dapat dilihat setakat ini.

Pun begitu, umum mengetahui bahawa SUV baru ini akan didatangkan dari platform Toyota Rush/ Daihatsu Terios. Menerusi satu entri terbaru yang dimuatnaik menerusi laman facebook rasmi Perodua hari ini, mereka dengan jelas memberitahu bahawa tarikh pelancarannya semakin hampir.

Dan jika dilihat pada iklan tersebut, ia adalah SUV tujuh tempat duduk. Malah bayangan kenderaan dalam foto ini juga hampir jelas menunjukkan ia datang dari garis badan Toyota Rush.

Tidak seperti Myvi dan Bezza yang mungkin menyebabkan ramai tertanya-tanya bentuk keseluruhannya, Perodua SUV yang dikenali dengan kod D38L adalah hasil rebadging Daihatsu Terios. Ia adalah model yang sama yang dikeluarkan oleh UMW – di bawah lencana Toyota Rush.

Jika sebelum ini Perodua akan mengambi model 5 tempat duduk dan Toyota mengambil model 7 kerusi (Nautica VS Rush), nampaknya kali ini Perodua mengambil jalan yang berbeza. Mungkin mereka belajar dari kesilapan percaturan Nautica kerana apabila berada pada braket paling tinggi dalam keluarga Perodua, agak sukar menjualnya jika ia tiada kelebihan seperti tujuh kerusi.

Harga?

Desas-desus bertiup kencang bahawa SUV ini akan jadi produk paling mahal dalam senarai Perodua. Ia dijangka dijual di bawah RM80,000 agar tidak bertindan dengan pasaran abang besarnya – Toyota Rush.

Ini memang epik sebab kita hanya menunggu hari sahaja Proton X70 nak dilancarkan.

Google ads
Back to top button