Buletin

SUV CHINA BESTUNE T77 DILENGKAPI TEKNOLOGI HOLOGRAFIK!

First Auto Works (FAW) Group Corporation telah memperkenalkan SUV menerusi sub jenama mereka Bestune. Ia dikenali dengan nama Bestune T77. Apa yang lebih menarik , SUV ini didatangkan dengan teknologi pembantu holografik.

holographic assistant ini boleh dilaras mengikut keperluan pengguna. Ia adalah imej 3D yang terpapar di bahagian atas papan pemuka dengan beberapa imej pilihan.

Ia boleh didapati dalam imej kanak-kanak sekolah, budak lelaki atau robot holografik yang dipadankan dengan lima jenis kostum (atau disebut “skin”)

Ketiga-tiga pembantu holografik ini memberi arahan dengan storan 43 jenis fungsi seperti membuat panggilan telefon, mencari stesen radio, mengawal volum suara dan berbagai lagi. Ia juga boleh mengawal kelajuan pengelap cermin hadapan, penghawa dingin dan juga arahan kawalan sunroof.

GALERI

 

Google ads
Back to top button