Buletin

SUV PERTAMA. PROTON X70 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Pihak media baru sahaja dipertontonkan dengan SUV pertama Proton yang diasaskan daripada Gely Boyue pad satu sesi prebiu pada pagi ini.

Ini adalah SUV yang paling dinantikan sejak Proton menjalinkan kerjasama dengan Geely Automotive Group.

Proton memilih nama unik iaitu “X70” dan ia adalah pilihan majoriti 60 peratus dari undian yang dijalankan menerusi 90,000 penyertaan pada pertandingan yang dijalankan pada pertengahan tahun ini.

BACA: PANDU UJI GEELY BOYUE. SUV YANG MEYAKINKAN

Dalam acara yang sama tadi Proton mengumumkan tempahan bagi model X70 ini akan mula dibuka esok.

Hanya pengedar terpilih sahaja yang menerima tempahan dengan bayaran tempahan RM1,000.00

BACA: SPESIFIKASI PROTON X70

Google ads
Back to top button