Buletin

SUZUKI PERKENAL SWIFT SAI DI THAILAND

Suzuki mungkin sudah berkubur di Malaysia, tetapi di Thailand, jenama model kompak itu masih bernafsu untuk menawarkan produk terbaharu kepada pengguna di sana.Suzuki-Swift-Sai-BIMS-2016-mekanika (5)

Pada acara Bangkok International Motor Show 2016 yang berakhir semalam, Suzuki Thailand memperkenalkan model Suzuki Swift Sai esidi khas.

Hadir dengan warna baharu dikenali sebagai Moonlight Violet, Swift Sai dilengkapi beberapa ciri tambahan. Antaranya ialah lampu nyalaan siang (DRL) LED, kemasan krom pada gril serta emblem Sai di bahagian belakangnya.

Suzuki-Swift-Sai-BIMS-2016-mekanika (7)

Ruang kabin pula menerima tempat duduk dibalut kulit, kawalan pendingin hawa digital, kawalan jelajah dan paparan multi info baharu,

Suzuki-Swift-Sai-BIMS-2016-mekanika (9)

Sebagai salah sebuah kereta eco, Swift Sai menggunakan khidmat enjin K-Series berkapasiti 1.25 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 91hp dan tork 118Nm, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan dan paddle shifter.

Suzuki-Swift-Sai-BIMS-2016-mekanika (2)

Swift Sai ditawarkan pada harga 599,000 baht (RM68,000) seunit.

Google ads
Back to top button