
DUCATI SCRAMBLER MIKE HAILWOOD EDITION
Ducati Thailand akan melancarkan produk eksklusifnya yang diberi nama Ducati Scrambler Mike Hailwood Edition.
Jadual pelancaran khabarnya September ini. Pembangunan produk itu bagi memperingati 58 tahun pertemuan pertama Ducati dengan Hailwood. Stanley Michael Bailey Hailwood lebih dikenali dengan nama ‘bike mike’. Beliau cukup dikenali dalam sukan pemotoran era 1960-an.
Ducati Scrambler Mike Hailwood Edition dikeluarkan secara terhad. Sebanyak 58 unit sahaja.
Ducati Scrambler Mike Hailwood Edition dilengkapi enjin silinder 803 cc dengan sistem penyejuk udara V-twin. Jentera itu mampu menghasilkan kuasa 74hp dan tork 68Nm.
Menggunakan bahagian utama milik Scrambler Icon sebagai asasnya, edisi istimewa ini menerima rekaan khusus pada bahagian ekor dan pelindung sisi.
Sementara itu, ekzos menggunakan jenama Termignomi yang menyerlahkan imej klasik. Rekaannya membawa konsep sama dengan tunggangan Hailwood pada era 1978 dengan rim jejari berwarna emas.
Model tersebut dijual pada harga 699, 000 baht (RM79,287)












