Buletin

SPESIFIKASI TOYOTA SIENTA BOCOR

Menjelang pelancarannya pada Indonesia International Motor Show 2016 (IIMS 2016) bulan depan, spesifikasi MPV kompak Toyota Sienta sudahpun bocor.

toyota-sienta-mekanika (1)

PT Toyota Astra Motor didakwa akan menawarkan enam varian Sienta iaitu E MT, G MT, G CVT, V MT, V CVT dan Q CVT.

Bagi model asas,  Toyota Sienta varian E dilengkapi pendingin hawa analog tanpa double blower, head unit double DIN seperti yang ada pada model Avanza dan tanpa lampu kabus.  Bagaimanapun, model itu didatangkan dengan dua beg udara dan ciri ABS.

Bagi varian G, Toyota menyediakan pilihan  transmisi CVT, pintu gelunsur elektrik di sebelah kiri, skrin sentuh dan rim aloi. Sementara V pula menawarkan pendingin hawa digital bersama double blower, pintu gelunsur elektrik pada kedua-dua belah dan keyless entry bersama butang push start stop.

toyota-sienta-mekanika (2)

Varian paling tinggi, Q menerima rim dengan dua tona warna, skrin MID TFT LCD 4.2 inci, lampu LED Bi-beam dengan pelarasan auto serta kabin berwarna coklat gelap.

Difahamkan model Sienta bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligent). Ia mampu menawarkan kuasa 107hp dan tork 146Nm bersama pilihan transmisi automatik 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan.

Model berkenaan dijangka dijual pada harga sekitar Rp 230juta  (RM72,000) hingga Rp 280juta (RM84,000) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button