Buletin

SYARIKAT JEPUN INI PERCAYA MEREKA HASILKAN KERETA ELEKTRIK TERPANTAS DI BUMI

Jepun bukanlah negara yang anda ingin toleh kepala pun bila mereka ceritakan tentang teknologi elektrik. Walaupun mereka yang pertama mengkomersialkan kereta elektrik Nissan Leaf dan Mitsubishi iMIEV, hakikatnya pembangunan kereta berteknologi elektrik suam-suam kuku sahaja di sana.

Berbeza dengan benua Eropah yang giat menghasilkan kereta elektrik dengan pelbagai jenis supercar, hypercar, kereta bandar dan kereta pergi pasar. Malah Singapura pun sudah mengumumkan projek kereta elektrik mereka menerusi syarikat Vanda Electric. Namanya juga susah disebut Vanda Dendrobium.

Dan ini pula ialah berita dari Jepun, kereta elektrik, atau lebih tepat lagi supercar elektrik yang dihasilkan oleh syarikat bernama Aspark. OK. kami tak pernah dengar namanya pun. Mereka namakannya sebagai “OWL” dan ia akan dipamerkan pada pameran Frankfurt Auto Show bulan ini.

Aspark mendakwa mereka telah menghasilkan supercar elektrik yang diidamkan semua orang. Pembangunan model ini telah bermula sejak 2014 dan sasaran mereka ialah mencatat pecutan 0-100km/j pada angka dibawah 2 saat. Tinggi betul harapan diorang ni dan sebagai perbandingan, kereta produksi paling pantas hari ini ialah Dodge Challenger SRT Demon dengan catatan 2.3 saat.

BACA: NIO EP9, KERETA ELEKTRIK TERPANTAS DI NURBURGRING

Bagi mencapai sasasran tersebut, Owl dipasangkan dengan kerangka tiub yang dibalut oleh badan gentian karbon sepenuhnya. Rodanya diperbuat dari bahan magnesium. Sudah tentu ia akan jadi sangat ringan. Berapa ringan? Masih dirahsiakan, ia hanya akan didedahkan di pameran Frankfurt nanti.

Mereka juga menyiarkan video awal kereta ini sedang diuji untuk pecutan pendek. Kelakar juga memecut tanpa bunyi ni.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”17″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
Back to top button