" "
Motosikal

ZEEHO AE8S+ DIRASMIKAN – RM18,888

MForce Bike Holdings memperluas tawaran motosikal elektrik di Malaysia menerusi ZEEHO AE8S+ yang boleh dimiliki dengan harga RM18,888. 

ZEEHO merupakan jenama ‘spin-off’ dari CFMOTO yang khusus utk tawaran motosikal elektrik. 

Untuk rekod, AE8S+ merupakan model perdana dari ZEEHO sekaligus menawarkan ciri premium seperti skrin TFT berwarna dan pakej brek Brembo di hadapan. ABS juga didatangkan secara standard.

Menurut MForce, ZEEHO AE8S+ ini menawarkan jarak gerak sejauh 100km dengan setiap cas penuh yang memakan masa 5 jam bagi pengecasan 0-80%. 

Dalam pada itu, skuter elektrik ini mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 100km/j dengan kuasa sebanyak 12.5kW atau 17hp dan 218Nm. Skuter ini juga menawarkan tiga mod menunggang; ECO, STREET dan SPORT. 

Google ads
Back to top button