
YADEA GT20 KINI DI MALAYSIA – RM4,998
YADEA terus menawarkan motosikal elektrik mampu milik untuk pasaran tempatan dengan harga jualan hanya RM4,998.
Motosikal EV yang diedarkan MForce Bike Holdings itu hadir dengan tiga warna pilihan, Metal Grey, Dark/Orange dan Gree/Gold.

Atas kertas, GT20 ini dipacu motor yang mampu menjana sehingga 3.2kW yang berupaya menghasilkan tork sehingga 160Nm. Antara kelebihan GT20 adalah keupayaan menaiki cerun dengan kecondongan 15-darjah.

Walaupun tanpa ABS namun GT20 menawarkan sistem brek CBS (combie braking system).
Menurut MForce, GT20 ini menawarkan jarak perjalanan sehingga 105km dengan satu cas penuh manakala tempoh pengecasan pula memakan masa antara enam hingga lapan jam.
Menariknya, YADEA GT20 ini turut menawarkan energy recycling yang menjana semula kuasa ketika membrek atau menurun bukit.

Memandangkan ketiadaan tangki, skuter EV ini hadir dengan sotran 28L dibawah tempat duduk.
Antara perincian lain ditawarkan:
- pencahayaan LED (4,000CD hingga 22,000CD)
- dua mod menunggang
- tempat duduk ergonomic
- penyandang pilion
- USB Type-A

Bagi setiap pembelian, pelanggan akan menikmati waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dulu).
GALERI: YADEA GT20







