Motosikal

RASMI: ZEEHO AE4 KINI DI MALAYSIA – RM6,999

CFMoto Malaysia dengan rasminya melancarkan motosikal elektrik pertama untuk pasaran Malaysia menerusi jenama ZEEHO yang merupakan jenama ‘spin-off’ dari CFMOTO yang membariskan motosikal elektrik sahaja. 

Bagi meraikan ketibaan jenama ZEEHO di Malaysia, CFMoto Malaysia melancarkan ZEEHO AE4 yang merupakan sebuah skuter elektrik dan hadir dengan harga RM6,999. 

Untuk pasaran tempatan terdapat tiga warna pilihan ditawarkan; Velocity Gray, Nebula White dan Helios Orange. 

Atas kertas, ZEEHO AE4 dikuasakan motor elektrik 1.6kW yang berupaya menjana 3kW (4hp). Skuter elektrik ini dilengkapi dengan pek bateri litium berkapasiti 74v 27ah yang menawarkan jarak gerak sekitar 63km dan mampu mencapai kelajuan maksima (top speed) 65km/j. 

Sebagai sebuah skuter elektrik, AE4 berupaya memecut 0-30km/j dalam tempoh 3.5 saat sahaja. 

Menurut CFMoto Malaysia, AE4 hanya memerlukan 5.5 jam untuk mengecas dari 0 hingga 80 peratus. 

Antara perincian lain ditawarkan:

  • 2 mod Eco dan Sport
  • cruise control
  • panel meter LCD digital
  • lampu LED
  • cakera brek tunggal depan dan belakang
  • ABS
  • storan 31L

GALERI: ZEEHO AE4

Google ads
Back to top button