
RASMI: BATERIKU DAN RYDEEV METERAI KERJASAMA
Dalam usaha mempromosikan mobiliti elektrik dalam ekosistem tempatan, Bateriku dan RydeEV telah memeterai kerjasama bagi menawarkan inisiatif terbaru.

Kolaborasi terbaru ini menyaksikan Bateriku akan menawarkan perkhidmatan EV Swap Station yang membolehkan pengguna motosikal elektrik RydeEV melakukan pertukaran bateri dengan mudah di beberapa lokasi Bateriku antaranya:
- Bateriku Kajang Warehouse
- Bateriku Bangsar
- Bateriku Ampang
- Bateriku Kelana Jaya
- Bateriku Kepong
- Bateriku Balakong
- Bateriku Pudu
- Bateriku Permaisuri Cheras
- Bateriku Saujana Putra
- Bateriku Subang Perdana

Selain itu, kerjasama dua pihak ini juga menyaksikan tawaran perkhidmatan ICE-to-EV conversion yang membolehkan pelanggan menukar enjin pembakaran dalaman kepada elektrik.
Lebih menarik, kerjasama ini juga akan menyaksikan Bateriku memperluas BHero Model kepada servis melibatkan motosikal elektrik sekaligus membantu jaringan ekonomi gig sedia ada menjana pendapatan lebih.

Menurut CEO Bateriku, Azarol Faizi, kerjasama dengan RydeEV ini merupakan langkah berani dalam membangunkan masa depan yang lebih mampan untuk Malaysia.
“Kami bukan sahaja mendukung ekosistem EV malah membina peluang baharu bagi BHeroes selain menyumbang kepada sasaran pembangunan mampan negara,” jelasnya,.