
RASMI: YADEA VELAX SKUTER EV TERBARU DI MALAYSIA – HANYA RM4,699 SELEPAS REBAT
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal elektrik (EV) YADEA di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan model terbaru menerusi YADEA Velax.

Skuter EV yang padat dengan teknologi terkini itu boleh dimiliki dengan harga hanya RM4,699 (harga sebenar RM7,099) dengan rebat RM2,400 di bawah program MARiiCas.
Atas kertas, Velax dikuasakan motor elektrik berkuasa 2kW yang berupaya menjana kuasa sehingga 3.2kW dan 172Nm. Penggunaan bateri LFP 72V30Ah juga menyaksikan Velax mampu mencapai jarak sehingga 105km dengan kelajuan maksima 62km/j.

Menurut YADEA, skuter EV ini hanya memerlukan enam jam untuk cas dari kosong hingga 80 peratus dan lapan jam untuk pengecasan penuh.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- gear undur
- dua mod (Sport dan Eco)
- skrin digital
- USB Type-A
- lampu LED penuh

Meskipun ketiadaan ABS namun Velax ini menawarkan sistem CBS (combined braking system) selain mampu beroperasi meskipun berada dalam kedalaman air sehingga satu meter untuk tempoh 30 minit.







