Artikel PilihanBuletin

FORD AUSTRALIA BAKAL PERKENAL RANGER RAPTOR – DIKUASAKAN ENJIN DISEL TWIN TURBO

Ford Australia adalah antara pemegang fraincais Ford luar Amerika yang agresif. Australia merupakan antara pasaran penting jenama ini dan sebagai contoh, Ford Ranger terbaru (T6) telah direka dan dibangunkan oleh Ford Australia untuk pasaran dunia.

Tahun depan, Ford Australia akan perkenalkan varian terbaru Ranger yang dikenali dengan nama Ranger Raptor. Jangan keliru dengan F-150 Raptor yang lebih gergasi besarnya. Ranger Raptor ialah varian terbaru yang dibina menerusi platform Ford Ranger T6.

Apa yang menariknya ialah laporan daripada The Motor Report Australia memberitahu bahawa Ranger Raptor akan dikuasakan oleh enjin lebih kecil dari siri Puma 2.2 sedia ada. Ia dikatakan akan dipasangkan dengan enjin disel dengan turbo berkembar empat selinder.

Sumber lain juga memberitahu bahawa keluaran kuasanya ialah sekitar 200 kuasa kuda dan 350 paun tork. Dalam iklan komersial awal yang dipaparkan, jelas Ford Australia mahu fokus Ranger Raptor ini untuk versi off-road.

Selain daripada Ranger, di Australia juga pembeli boleh memiliki Raptor F-150 menerusi pengimport bebas. Tapi harganya memang mandi lah. AUD200,000 untuk sebuah Raptor.

Lebih RM600,000 kau bayangkan ramai yang berangan nak tengok Raptor tapi dengan harga boleh dapat Audi R8 sebiji.

Tapi kalau jual Raptor F-150 kat Malaysia ni ada je orang nak beli.

 

 
 
Google ads
Back to top button