Buletin

TANAM POKOK KAYU BAKAU DI SG. PELEK

Kira-kira 160 orang sukarelawan daripada UMW Holdings Bhd., UMW Toyota Sdn. Bhd. dan Perodua melakukan kerja amal apabila menanam hampir 1,800 batang pokok kayu bakau di  Kampung Sungai Pelek, Selangor pada Sabtu minggu lalu. Program itu dibuat sempena sambutan Hari Bumi Sedunia.

Ini merupakan kali pertama ketiga-tiga syarikat terbabit bersama-sama menyertai aktiviti menanam pokok dengan tujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk setempat mengenai pentingnya hutan bakau kepada ekosistem.

Acara itu turut disokong oleh Jabatan Hutan Selangor (JPNS), Pihak Berkuasa Pengurusan Air Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang.

 DSC_0058

“Menanam pokok adalah langkah mudah yang boleh dilakukan oleh semua orang untuk mengurangkan impak pemanasan global. Kami mengalu-alukan kerjasama daripada para sukarelawan dan berharap lebih banyak aktiviti sukarela dilaksanakan pada masa akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Syed Hisham Syed Wazir. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Eksekutif UMW Holdings, Dr. Wafi Nazrin Abdul Hamid.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu, sukarelawan Perodua menjalankan aktiviti berdasarkan kepada tiga prinsip tanggungjawab korporat iaitu memperkasakan belia melalui pendidikan, mengukuhkan komuniti dan alam sekitar.

IMG_2849

Sungai Pelek yang terletak di kawasan pantai Selangor dikenali sebagai lokasi perhentian buat pelbagai spesis burung bermigrasi. Ia juga dilihat sebagai kawasan penampan yang penting daripada bencana alam termasuklah pencemaran minyak, ribut tropika dan tsunami.

Sejak tahun 2011, sukarelawan UMW dengan bantuan komuniti setempat telah menanam lebih 2,500 pokok kayu bakau di Sungai Pelek.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button