Buletin

MOBILITI MASA DEPAN E4U

E4U yang dipamerkan pada Seoul Motor Show baru-baru ini dinobatkan sebagai salah satu pemenang dalam Festival IDEA 2012.

Festival IDEA 2012 merupakan pertandingan dalaman yang dianjurkan oleh pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Hyundai Motor Group. Ia bertujuan meneroka idea-idea baharu dalam bidang mobiliti masa depan.

Jurutera-jurutera Hyundai boleh mencadang dan merealisasikan idea-idea baharu berkaitan pengangkutan masa depan pada festival tersebut.

E4U (2)

Tampil dengan bentuk seperti telur, E4U adalah konsep baharu mobiliti masa depan untuk seorang pemandu. Nama E4U mewakili empat E iaitu Egg (telur), Evolution (evolusi), Electricity (elektrik) dan Eco-friendliness (mesra alam).

Antara spesifikasi E4U, ‘kenderaan’ itu seberat 80 kilogram (termasuk bateri), memiliki kelajuan 30 kilometer sejam dan menggunakan kuasa sehingga 24V voltan 500W/max. ia direka untuk dipandu pada kelajuan rendah di laluan sempit di kawasan bandar.

Tahap kelajuan dan sterengnya boleh dikawal menerusi satu motor elektrik yang terletak di dalam struktur hemisfera. Ia sekali gus meringkaskan sistem dan menjadikannya lebih ringan.

hw071649

Pemandu boleh mengawal pangsi (pivot) pada struktur hemisfera tersebut yang berpusing dalam satu arah sahaja. Kaki belakangnya boleh dilipat. Sementara bahagian pada sisinya boleh dicabut dan mengurangkan ruang untuk parkir.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button