Peranti

SAMSUNG ATIV S

Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar Samsung ATIV S yang dikuasakan oleh Windows Phone 8 kepada pengguna di Malaysia.

Menjadi model yang ditunggu-tunggu, Samsung ATIV S tampil dengan paparan HD Super AMOLED bersaiz 4.8 inci, reka bentuk penuh gaya dan ringan.  Ia dilihat mampu mengukuhkan kewujudan jenama Samsung dalam pasaran telefon Windows.

“Konsep Samsung ATIV S membuktikan kesungguhan Samsung untuk terus menawarkan produk dengan reka bentuk yang mengujakan pengguna. Menerusi telefon ini, Samsung boleh menjangkau pasaran pengguna yang memiliki cita rasa berbeza.

“Samsung ATIV S direka untuk memberikan pengguna pengalaman menggunakan telefon Windows Phone 8 yang terbaik dan sesuai untuk gaya hidup kontemporari mereka,” kata Pengarah urusan Samsung Malaysia, Kwon Jae Hoon.

my_GT-I8750ALAXME_020_Dynamic_silver

Harus tahu bahawa Samsung ATIV S menawarkan prestasi mobil terkini melalui rangkaian opsyen produktiviti dan perkongsian kandungan. Pemproses Dual Krait 1.5 GHz mampu memberikan prestasi tatalan (browsing) yang impresif dan maklum balas pantas.

Sebagai tambahan, chipset Qualcomm Snapdragon S4 pula berupaya menangani aplikasi permainan video atau kerja tanpa sebarang masalah.

ATIV sebenarnya perkataan yang diterbalikkan daripada perkataan Latin ‘VITA’ bermaksud ‘Kehidupan’. Ia dilihat sebagai janji Samsung untuk menjadikan kehidupan semua orang lebih luar biasa. Selari dengan janji tersebut, Samsung ATIV S didatangkan bersama bateri 2,300 mAh yang lebih tahan lama.

my_GT-I8750ALAXME_022_Dynamic_silver

Samsung ATIV S hadir dengan kemampuan perbualan video berdefinisi tinggi (HD Video Chat). Peranti ini juga diintegrasikan dengan fungsi Near Field Communications (NFC) untuk ciri sentuh dan hantar (Tap & Send). Sekali gus memudahkan pengguna untuk menghantar fail-fail daripada satu telefon pintar ke telefon pintar lain.

Dilengkapi kamera belakang berkapasiti lapan megapiksel, kualiti fotografi Samsung ATIV S tiada kurangnya. Ia hadir dengan ciri autofocus dan flash LED untuk memberikan imej berkualiti tinggi.

my_GT-I8750ALAXME_034_Dynamic_silver

Samsung ATIV S didatangkan dalam warna perak metalik dan ditawarkan pada harga  RM1,699 seunit di semua kedai Samsung dan pengedar sahnya di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai Samsung ATIV S, sila layari laman web: www.samsung.com/my atau layari laman Facebook Samsung Mobile Malaysia: https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.
[hr]

Spesifikasi Samsung ATIV S

Rangkaian HSPA+ 42Mbps  850/900/1900/2100MHzEDGE/GPRS  850/900/1800/1900MHz
Pemproses Dual Krait 1.5 GHz
Paparan 4.8 inci (121.9mm ) HD Super AMOLED
OS Windows Phone 8
Kamera Utama (Belakang): 8 Megapiksel Kamera Auto Focus dengan LED FlashSub (Hadapan): 1.2 Megapiksel VT Kamera
Video Codec: H.263, H.264, WMV, MP4, M4V, MOVFull HD(1080p) Playback & Recording
Audio Codec: MP3, WMA, MP4, M4A, AAC3.5mm Ear Jack
Ciri-ciri yang dikongsi Tap + Send (Perkongsian fail dengan NFC dan BT/Wi-Fi)
Samsung Family Story
Ciri-ciri kandungan & Perkhidmatan Servis komunikasi mobile Samsung ChatOn
Samsung Hub– Music Hub*
Samsung Zone (dalam Windows Phone Marketplace), Photo Editor, Mini Diary, Now (Daily Briefing)
GPS Ya
Ketersambungan Bluetooth® 3.1, USB 2.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (2.4 & 5 GHz), NFC, 3.5mm earjack
Sensor Proximity, Accelerometer, Geomagnetic, Ambient Light, Gyroscope
Memori 16GB User memory + 1GB RAM, microSD
Dimensi 137.2 x 70.5 x 8.7 mm, 135g
Bateri Standard bateri, Li-ion 2,300mAh

[hr]

Galeri 

my_GT-I8750ALAXME_013_Dynamic_silverativmy_GT-I8750ALAXME_007_Left_silvermy_GT-I8750ALAXME_009_Back_silvermy_GT-I8750ALAXME_011_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_012_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_017_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_023_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_030_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_032_Dynamic_silvermy_GT-I8750ALAXME_019_Dynamic_silver

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button