Buletin

TAWARAN AKHIR TAHUN MITSUBISHI MOTORS!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini memulakan kempen “Mitsubishi Real Deals” dengan tawaran ke atas model-model terpilih yang ditempah sebelum 31 Disember 2015.

Mitsubishi-year-end-sales-2015-Mekanika (2)

Untuk pelanggan Triton VGT Adventure, anda akan diberi rebat tunai sehingga RM2,000 bersama Adventure Sports Bar.

No Varian Harga OTR tanpa insurans + GST Promosi Warna
1 Triton VGT Adventure (AT) RM110,218 Rebat tunai sehingga RM2,000 dengan Adventure Sports Bar Hijau, putih, hitam, merah
2 Triton VGT (AT) RM98,549 Rebat tunai sehingga RM7,000 dengan Sports Bar  

Perak, putih, hitam

3 Triton VGT (MT) RM92,114 Rebat tunai sehingga RM8,000 dengan Sports Bar
4 Triton (MT) RM83,162 Rebat tunai sehingga RM6,000 Perak, putih
5 Triton Quest (MT) 4×2 RM68,576 Rebat tunai RM2,000

Mitsubishi-year-end-sales-2015-Mekanika (1)

Pelanggan yang membeli ASX akan menerima rebat tunai sehingga RM5,000 dan jamin selama lima tahun. SUV kompak itu kini ditawarkan pada harga bermula RM104,791 (ASX 2WD GL).

Bagi mereka yang meminati model sporty Mitsubishi Lancer GTE, anda akan diberi rebat tunai sehingga RM3,000. Lancer 2.0 GTE berharga RM115, 581.

Mitsubishi-year-end-sales-2015-Mekanika (5)

Mahu lebih penjimatan? Pilih Mitsubishi Mirage atau Attrage. Kereta eo Mirage hadir bersama rebat tunai sehingga RM6,000 dan Attrage RM7,500.

Akhir sekali, peminat Pajero Sport VGT boleh mendapat rebat tunai sehingga RM5,000. SUV itu berharga RM172, 211 seunit.

Mitsubishi-year-end-sales-2015-Mekanika (3)

Ini adalah peluang terbaik anda untuk memiliki sebuah kenderaan Mitsubishi. Ini kerana mulai tahun depan, akan ada kenaikan harga. Jadi, jangan berlengah lagi!

*Harga di atas jalan tidak termasuk insurans+ GST untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Google ads
Back to top button