Buletin

PERODUA LANCAR PASUKAN SERVIS BERGERAK M-TEAM

Berikutan kejayaan program di Sabah dan Sarawak, Perodua hari ini melancarkan pasukan servis bergerak atau M-Team di Semenanjung Malaysia.

Perodua-M-Team-mekanika (3)

Inisiatif itu dilaksanakan bagi menjangkau pelanggan yang tinggal di lokasi terpencil dan mungkin tidak mempunyai akses ke pusat servis Perodua.

Bakal dimulakan pada Januari 2016 melibatkan kawasan Kuala Berang, Ajil dan Paka Terengganu, M-Team pastinya memudahkan pelanggan Perodua untuk membuat urusan penyelenggaraan kenderaan masing-masing.

Perodua-M-Team-mekanika (5)

“Dengan M-Team kami boleh menawarkan pelanggan dengan aksesori tulen pada harga yang hampir sama jika mereka menghantar kereta ke pusat servis Perodua. Langkah ini juga boleh memastikan kereta mereka tidak berdepan masalah waranti.

“Pelanggan bagaimanapun perlu membuat temu janji dengan pasukan M-Team di lokasi dan masa yang akan ditetapkan nanti,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,

Perodua-M-Team-mekanika (2)

M-Team menyediakan perkhidmatan asas seperti khidmat nasihat, pemeriksaan kenderaan, menukar minyak enjin, penapis minyak dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin membuat tuntutan jaminan, mereka perlu membuat temu janji lebih awal.

Temu janji boleh dibuat menerusi talian 019-995 4949 mulai Sabtu hingga Rabu (8.30am – 5.40pm) dan Khamis (8.30am – 12.40pm).

Perodua-M-Team-mekanika (1)

Di Sabah dan Sarawak, M-Team menggunakan sebuah Perodua Alza dan Toyota Hilux yang telah diubah suai. Tetapi untuk di Semenanjung Malaysia, sebuah trak Hino lima tan digunakan.

Menelan belanja hampir RM400,000 untuk dibina, trak itu memiliki kapasiti tujuh tempat duduk. Ia juga mampu membawa lebih banyak peralatan, alat ganti dan menawarkan perkhidmatan yang lebih lengkap.

Perodua-M-Team-mekanika (7)

Ketua Operasi Servis Perodua, Azarul Amir memberitahu, sesi penyelenggaraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Sementara pada hari biasa, pasukan M-Team akan membuat rondaan dan pemberitahuan tentang perkhidmatan M-Team kepada penduduk setempat.

Pasukan M-Team terdiri daripada empat orang iaitu seorang foreman, dua orang mekanik dan seorang penasihat servis. Buat peringkat permulaan, Perodua hanya mensasarkan untuk menyelenggara sekitar 50 unit kenderaan sebulan.

Perodua-M-Team-mekanika (14)

Ini adalah projek perintis. Sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, Perodua mungkin akan mengembangkan perkhidmatan M-Team ke kawasan-kawasan lain seperti Gua Musang, Kelantan dan Cameron Highlands, Pahang.

Google ads
Back to top button