
#GETCLOSER KAWASAKI ZX-10R
Selepas model H2, Kawasaki kini mengetengahkan model berprestasi tinggi, Ninja ZX-10R. Menariknya, model yang diperkenalkan di Sepanyol baru-baru ini sudah tiba ke pasaran tempatan.
Kawasaki Motors Malaysia melancarkan model tersebut pada harga RM99,000. Bakal berada di pasaran selepas Tahun Baru Cina 2016, ZX-10R adalah hasil sentuhan pasukan kilang WSB bersama juara dunia Tom Sykes dan Jonathan Rea.
Jentera berkuasa itu dijana oleh enjin 998cc empat silinder. Kawasaki telah melakukan talaan pada bahagian enjin bagi mencapai kuasa 210hp @ 13,000rpm dan tork setinggi 113.5Nm @ 11,500rpm.
Menurut Kawasaki, enjin empat silinder sebaris itu masih menggunakan gerekĀ 76mm dan lejang 55mm. Tetapi bahagian intake dan ekzosnya telah disemak semula. Piston yang ringan akan memampatkan udara dan bahan bakar dengan nisbah mampatan 13:1.
Kepala silinder dan engkol juga serba baharu, selain 20 peratus lebih ringan.
Untuk mengetahui perubahan terperinci Ā ZX-10R 2016, rujuk artikel: (http://www.mekanika.com.my/motosikal/kawasaki-ninja-zx10r-2016)
ZX-10R didatangkan dengan Ā fairing yang lebih besar. Ia hasil saranan pasukan WSBK untuk membantu meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan aliran aerodinamik.
Peningkatan perlindungan angin didakwa membantu Ā penunggang mengubah kedudukan dengan lebih mudah sewaktu membrek di selekoh.
Cermin penghadang angin kini disokong sepenuhnya oleh fairing dan kurang bergetar pada kelajuan tinggi. Lubang kemasukan udara di bahagian tepi cermin mengurangkan tekanan udara negatif dalam kokpit untuk menstabilkan aliran udara dan mengurangkan helmet bergetar akibat tekanan angin.
Sementara penggunaan madgad hadapan membantu aliran udara terus ke radiator bagi mempercepatkan aspek penyejukan.
Di pasaran tempatan Ninja ZX-10R ABS didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hijau, kelabu dan hitam.
Untuk melihat model dengan hashtag #getcloser itu, sila tunggu tahun hadapan. Pihak media akan berpeluang menunggang uji jentera berkenaan pada Februari 2016. Nantikan ulasan daripada Mekanika.
SPESIFIKASI:
ENJIN
Jenis:Ā 4-sebaris 4-lejang sejukan cecair
Sesaran: 998 cc
Gerek dan lejang: 76.0 x 55.0 mm
Nisbah mampatan: 13.0: 1
Sistem injap: DOHC, 16 injap
Suapan bahan api: sistem suntikan bahan api: Ćø47 mm x 4 dengan dwi-penyuntik
Pencucuhan: Digital
Penghidup: Elektrik
PACUAN
Transmisi:Ā 6-kelajuan
Klac:Ā Manual dengan Cakera Berbilang Basah
KERANGKA
Jenis: Ā Ā Ā Lengan Berkembar, Aluminium Tetuang
Roda Hadapan: 120 mm
Belakang:Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 114 mm
Tayar Hadapan: 120/70ZR17M / C (58W)
Tayar Belakang: 190/55ZR17M / C (75W)
Sudut raih (caster): 25.0°
Jejak (trail): 107mm
Sudut stereng: 27° ke kiri / kanan 27°
PRESTASI
Kuasa maksimum : 210hp @ 13,000
Tork maksimum: 113.5 Nm @ 11,500
BREK
Depan: Ā Brembo Dwi-Cakera Ćø330 mm separa terapung
Angkup:Ā Dwi-Monoblok Brembo M50 pemasangan radial, 4-omboh bertentang
Belakang:Ā Cakera Tunggal Ćø220 mm
Angkup:Ā Omboh Aluminium lubang tunggal pemasangan pin
DIMENSI
Panjang : 2,090 mm
Lebar: 740 mm
Ketinggian: 1,145 mm
Jarak roda: Ā 1,440 mm
Kelegaan tanah:Ā 145 mm
Ketinggian pelana:Ā 835 mm
Berat: Ā 206 kg
Kapasiti tangki: 17 liter