Buletin

TERTIDUR DI ATAS LANDASAN, 16 MIGRAN DIGILIS KERETA API DI INDIA

Dianggarkan seramai 16 orang pekerja migran yang tertidur di atas landasan digilis kereta api kargo dalam nahas yang berlaku di Maharashtra barat India pada Jumaat.

“Selepas melihat beberapa orang buruh tidur di atas landasan, pemandu cuba menghentikan kereta api tetapi gagal,” kata Menteri Hal Ehwal Perkhidmatan Kereta Api India, Piyush Goyal.

Pekerja itu dikatakan dalam perjalanan balik ke tempat asal mereka yang terletak beratus-ratus kilometer di Madhya Pradesh. Mereka terpaksa berjalan kaki kerana kebanyakan perkhidmatan penumpang digantung akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Mereka yang keletihan kemudian tertidur di atas landasan berkenaan. Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di daerah Aurangabad. – Bernama

Google ads
Back to top button