Buletin

PEMANDU TUK TUK DAN PENUMPANG DIDENDA KETUK KETAMPI KERANA KENCING MERATA DI INDIA

Petugas majlis perbandaran di Jalan Indore, Mahdya Pradesh, India menghukum seorang pemandu kenderaan roda tiga atau dikenali sebagai tuk tuk dan penumpangnya kerana didapati kencing di tempat terbuka. 

Mereka berdua dikenakan hukuman ketuk ketampi dan denda sebanyak 250 rupee (RM15) kerana perbuatan tidak senonoh itu menjadi satu kesalahan di Indore. 

Lebih 109 orang ditangkap di Agram Utar Pradesh atas kesalahan sama pada tahun 2015. Kebanyakannya ditangkap ketika kencing di platform dan landasan kereta api. Mereka biasanya akan ditahan selama hampir 24 jam di balai polis dan didenda sebanyak 500 rupee (RM30). 

Pada tahun 2014, Perdana Menyeri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen Swachh Bharat (India Bersih) yang bermatlamat mempromosikan aspek kebersihan. Selain berjanji akan membina jutaan tandas di seluruh India. 

Biarpun begitu, kempen tersebut dilihat gagal kerana rakyat India nampaknya masih lagi selesa melepaskan hajat di kawasan terbuka.

sumber: Astro Awani

Google ads
Back to top button