Buletin

TIADA SEBUAH KERETA PUN TERJUAL DI INDIA PADA APRIL 2020

April 2020 akan menjadi bulan paling diingati oleh semua pengeluar kenderaan di India. Ini kerana, buat pertama kali dalam sejarah, tiada sebuah pun kereta terjual sepanjang tempoh tersebut. 

Maruti Suzuki, Mahindra & Mahindra, Hyundai Motor, MG Motor dan Toyota Kirloskar melaporkan sifar jualan di seluruh negara akibat penularan wabak COVID-19.

Perintah kuarantin yang dikuatkuasakan oleh kerajaan memaksa semua pengedar dan pengeluar kenderaan menghentikan operasi. 

Ia menyebabkan industri mengalami kerugian sebanyak AS$306 juta (RM1.32 bilion) sehari, anggar Persatuan Pengilang Automobil India (SIAM). Menurut SIAM, jualan kumulatif kenderaan penumpang kini terhenti pada 2.8 juta unit, jatuh di bawah angka tiga juta buat pertama kalinya sejak 2017. 

“Semua sub segmen aotumotif mencatutkan jualan tahunan paling rendah dalam tempoh 20 tahun,” kata Naik Presiden Kanan Kumpulan agensi penarafan kredit ICRA, Subrata Ray.

Sebagai contoh, jualan domestik peneraju pasaran India, Maruti Suzuki jatuh 47.9 peratus kepada 96,976 unit kenderaan pada Mac. Manakala Mahindra & Mahindra merekodkan penyusutan jualan sehingga 90 peratus kepada 6,130 unit sahaja. 

Dengan tempoh kuarantin dijangka dilanjutkan, syarikat dilihat akan terus tenat. “Tanpa sebarang perolehan, semua rantaian nilai dalam industri kini dalam mode menyimpan wang tunai dan memotong segala kos yang boleh. Banyak pengedar mangalami masalah kecairan dan sukar bertahan jika kuarantin diteruskan,” kata Roy. 

Pemulihan industri bergantung kepada kondisi ekonomi pasca wabak. Dalam jangka masa pendek, keadaan tidaklah memberangsangkan. 

“Kami menjangkakan industri akan kembali rancak mulai Jun. Namun, hasil pemerhatian mendapati sebaik sahaja perintah kuarantin ditarik balik, permintaan akan kembali rancak. Orang ramai juga akan beralih daripada berkongsi kereta kepada memiki kenderaan sendiri. 

“Pasaran kereta terpakai juga akan berkembang pesat,” kata Naib Presiden Strategi Pasaran Automotif Droom, Akshay Singh. 

Google ads
Back to top button