Buletin

BOSCH ADVANTAGE WIPER – PENGELAP CERMIN BERKUALITI & TAHAN LAMA

Memandangkan sekarang musim hujan tak tentu masa, jadi ada bagusnya saya buat satu rebiu ringkas tentang pengelap cermin daripada Bosch.

Bosch-Advantage-Wiper-mekanika (6)

Sebelum itu, saya nak tanya berapa lama dah penggilap kereta anda itu tidak bertukar? Setahun? Dua tahun atau tidak pernah tukar langsung sejak keluar dari bilik pameran tiga tahun lepas?

Sama ada mengaku atau tidak, pengelap cermin merupakan salah satu komponen kereta yang paling jarang kita ambil peduli. Sampaikan bercalar cermin pun buat tak kisah lagi. Yang getah dah kematu belum kira lagi.

Menyedari tentang sikap tidak ambil kisah itu, Bosch baru-0baru ini melancarkan kempen ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’ di Malaysia. Salah satu komponen yang diberi perhatian ialah pengelap cermin.

Bosch-Advantage-Wiper-mekanika (8)

Sudah lebih sebulan kereta saya dipasang dengan pengelap cermin Bosch Advantage Wiper. Mungkin ada yang berangapan bahawa semua pengelap cermin adalah sama. Anda silap, kerana pengelap cermin ini memang menawarkan kualiti mengelap yang boleh dipuji.

Pada peringkat awal, anda mungkin melihat getahnya akan sedikit tersekat-sekat. Tetapi keadaan itu tidak lama, sebelum ia dapat memberikan kualiti mengelap yang cukup memuaskan. Sewaktu hujan lebat, pengguna boleh melihat jalan di hadapan dengan lebih jelas.

Harus tahu bahawa Bosch mempunyai pengalaman luas dalam mereka bentuk dan  sistem pengelap cermin kenderaan sejak tahun 1927 lagi.

Bosch-Advantage-Wiper-mekanika (5)

Material getah tropika tahan rekah dan rosak akibat pendedahan ozon serta  cahaya matahari dalam jangka panjang yang digunakan tidak memerlukan anda menaikkan pengelap cermin ketika memarkir di bawah terik matahari dalam tempoh yang lama.

Ketahanan Bosch Advantage Wiper juga terbukti. Bosch menyatakan kualiti pengelap itu adalah sama seperti ia mula-mula dipasang, walaupun selepas 200,000 kitaran mengelap.

Bosch-Advantage-Wiper-mekanika (4)

Pengelap cermin ini juga didatangkan dengan teknologi plag penyesuai Fast-fit. Mekanisma klip ini membolehkannya dipasang pada lebih 95 peratus kenderaan di Asia dengan mudah. Jadi, pengguna tidak perlu membawa kereta ke bengkel untuk memasangnya.

Dilengkapi binaan keluli, Bosch Advantage Wiper jelas dapat bertahan daripada masalah kakisan atau apa jua keadaan cuaca. Ya. Memang tempoh saya menggunakan pengelap cermin ini tidak lama. Tetapi setakat ini, saya memang berpuas hati dengan prestasinya.

Bosch-Advantage-Wiper-mekanika (2)

Bosch Advantage Wiper sudah boleh didapati pada harga RM35 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Makklumat lanjut, sila layari laman web: https://startwithbosch.com/my/

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button