Artikel PilihanBuletin

TOYOTA COROLLA HYBRID: BOLEH DIPANDU SEJAUH 1,000KM UNTUK SATU TANGKI PETROL

Toyota Australia telah memperkenalkan varian model Corolla hybrid terbaru. Ia adalah kemajuan dari siri Sistem Hybrid Synergy Drive yang menggabungkan penggunaan motor elektrik bebas bersama enjin 4 selinder berkapasiti 1.8 liter yang dipacu oleh transmisi E-CVT.

Kuasa yang terhasil dari gabungan sistem ini ialah sebanyak 134hp dan penaalan boleh dibuat berdasarkan kepada keperluan pemanduan. Ia boleh dipandu dengan mod power, economy dan electric. Setiap unit talaan ini menggunakan mod kuasa yang optimum.

2016-toyota-corolla-hybrid-0

Berbeza dengan Prius, Corolla menggunakan casis yang bukan didedikasikan untuk formula hybrid semata-mata. Justeru, catatan batuannya yang mencecah 1,000 kilometer untuk satu isian tangki dianggap sangat bagus. Berbeza dengan model terdahulu, kapasiti tangki bahanapi model baru ini teah dikecilkan kepada 40 liter berbanding model terdahulu 45 liter. Tangki lebih kecil tetapi kilometer lebih jauh, pelik bukan?

Dalam ujian dalaman yang dilakukan Toyota, Corolla Hybrid ini hanya memerlukan 4.1 liter petrol untuk perjalanan 100km. Ia mendorong kepada peningkatan jarak keseluruhan yang mampu dicatat. Toyota yang merupakan peneraju hybrid enjin petrol dan motor elektrik membuktikan bahawa masih banyak eksplorasi yang boleh dibuat untuk meningkatkan keupayaan enjin hybrid.

2016 Toyota Corolla Hybrid

Sejak diperkenalkan pada 1992, Toyota telah menjual lebih 8 juta kenderaan hybrid di seluruh dunia. Pecahan pasaran didominasi oleh model Prius dan Prius C. Ketika pengeluar lain mula beralih fokus kepada disel turbo yang lebih efisyen seperti Mazda 3 Skyactiv Disel, Toyota nampaknya masih belum berganjak dari teras produk kebanggaan mereka.

 

2016 Toyota Corolla Hybrid2016 Toyota Corolla Hybrid2016 Toyota Corolla Hybrid2016 Toyota Corolla Hybrid2016 Toyota Corolla Hybrid2016-toyota-corolla-hybrid-0

Google ads
Back to top button