Buletin

PROMOSI MITSUBISHI SEMPENA MERDEKA

Raikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tarawan hebat daripada Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Anda boleh menikmati tunai mencecah RM12,000 dan pakej jaminan sehingga lima tahun untuk model-model terpilih Mitsubishi.

Mitsubishi-Merdeka-promo-2016-mekanika (1)

Mulai sekarang hingga 31 Ogos, pelanggan yang membeli Triton Adventure (berharga RM116, 053 seunit) layak menerima rebat tunai sehingga RM9,000 dan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Terdapat juga unit demo Triton dalam jumlah yang terhad dan ditawarkan pada harga istimewa. Jika berminat, anda perlu pergi ke bilik pameran Mitsubishi berhampiran.

Mitsubishi-Merdeka-promo-2016-mekanika (2)

Pelanggan yang memilih SUV kompak ASX akan menikmati rebat tunai sehingga RM8,000 dan jaminan selama lima tanpa had perbatuan. ASX ditawarkan pada harga bermula RM105,744 (ASX 2WD GL).

Jika anda membeli sedan eco Mitsubishi Attrage pula, rebat tunai sebanyak RM12,000 dan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km akan diberikan. Mitsubishi Attrage berharga RM75,250 seunit.

Mitsubishi-Merdeka-promo-2016-mekanika (4)

Semua harga adalah di atas jalan + GST, tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Dalam perkembangan berasingan, MMM berada di tempat ketiga dalam senarai kaji selidik Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) oleh pihak J.D. Power Asia Pacific 2016. MMM berjaya memperoleh 758 mata daripada 1,000 mata dari segi kepuasan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Google ads
Back to top button